Anda di sini

Lapangan Terbang Mukah baharu bakal rancakkan ekonomi pesisir 

Advertisement
Juanda (kiri) berbincang mengenai perkembangan projek infrastruktur yang sedang dibangunkan ketika lawatan Masing (tengah) ke Mukah baru-baru ini.
Juanda (kiri) berbincang mengenai perkembangan projek infrastruktur yang sedang dibangunkan ketika lawatan Masing (tengah) ke Mukah baru-baru ini.

KUCHING: Kegiatan ekonomi di Bahagian Mukah dan kawasan sekitarnya akan bertumbuh dengan pesat sebaik Lapangan Terbang Mukah siap dibina pada tahun 2021. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Juanda Jaya berkata pembinaan lapangan terbang ini sudah lama dinantikan oleh rakyat di Mukah. 

“Pembangunan besar-besaran sedang berlaku di Bahagian Mukah. Tiga jambatan besar sedang dibina iaitu jambatan Batang Igan, Batang Lassa dan Batang Paloh. 

“Sudah pasti selepas ini aktiviti ekonomi akan bertambah rancak di sini begitu juga dengan kegiatan pelancongan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai projek Lapangan Terbang Mukah. 

Tambah Juanda, perkhidmatan penerbangan sedia ada dari Mukah ke Kuching tidak lagi mencukupi bagi menampung pertambahan jumlah penumpang. 

Ini kerana katanya semakin banyak institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan diwujudkan di Mukah seperti Politeknik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Laila Taib dan lain-lain. 

“Saya berharap bermula 2021 lebih banyak syarikat penerbangan akan menambah laluan mereka ke Mukah selain MASwings. 

“Syarikat penerbangan lain seperti AirAsia juga boleh meneroka potensi laluan baharu bagi menghubungkan Mukah dengan kawasan lain,” katanya menambah lapangan terbang baharu ini boleh dibesarkan pada bila-bila masa kerana terletak di tanah rizab kerajaan dengan kawasan yang luas. 

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing ketika lawatan ke lapangan terbang tersebut berkata kerja-kerja pembinaan berdepan gangguan selama tiga bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Lapangan tebrang dengan kos RM360 juta ini akan dapat mendaratkan pesawat jenis ATR berbanding hanya Twin Otter pada ketika ini. 

Sebaik siap kelak ia akan menjadi perhubungan penting dalam industri yang sedang rancak berkembang di Mukah dan sekitarnya. 
 

  • oleh
  • Advertisement