Anda di sini

WARISAN Batu Sapi sokong calon dipilih Shafie

Advertisement
ARIFFIN ASGALI
ARIFFIN ASGALI

SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Batu Sapi sebulat suara menerima siapa juga calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Ariffin Asgali berkata siapa juga calon dipilih oleh pucuk pimpinan WARISAN akan diberi sokongan penuh bagi memastikan kemenangan parti.

"Kami akur apa juga keputusan dibuat, bagi kami yang penting WARISAN menang pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan DUN Karamunting," katanya.

Beliau berkata, kami telah berikrar pada presiden parti dan terpulang pada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menentukan calon terutamanya calon bagi DUN Sekong.

Dalam pada itu, Ariffin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merayu pada pengundi agar memberi sokongan padu kepada calon WARISAN yang dipilih bagi dua kawasan DUN berkenaan.

"Masih banyak agenda pembangunan yang dirancang terbantut kerana tempoh berkhidmat untuk wakil rakyat belum tamat untuk tempoh lima tahun," katanya.

Beliau menjelaskan tempoh selaku wakil rakyat yang singkat telah membantutkan bagi melaksanakan perancangan pembangunan dan membela rakyat.

"Kita akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon WARISAN yang bertanding kali ini bagi memastikan kesinambungan dan usaha membela rakyat dapat direncanakan," katanya.

Advertisement