Anda di sini

Satu kes positif COVID-19 babitkan kes import pelajar dari Yaman

Advertisement
Perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak, hari ini.
Perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak, hari ini.

 KUCHING:Satu kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di sini hari ini membabitkan kes import pelajar lelaki di Dar Al-Mustafa, Yaman. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata pelajar terbabit balik dari Cairo, Mesir ke Kuala Lumpur (KL) pada 1 Ogos 2020 dengan menaiki penerbangan Egypt Air. 

Kes katanya singgah di Lapangan Terbangan Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) sebelum balik ke Sarawak pada 2 Ogos 2020 dan terus dihantar ke pusat kuarantin hotel bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari. 

“Kes tidak menunjukkan tanda dan gejala. Kes telah disaring menggunakan RTK Antigen pada 2 Ogos 2020 di KL  dan keputusan ujian RTK Antigen kes adalah negatif.

“Kes diambil swab untuk ujian rT-PCR pada 3 Ogos 2020 dan keputusan ujian makmal oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh pada 6 Ogos 2020 didapati positif COVID-19 dan dimasukkan ke wad pada hari yang sama. 

“Pengesanan kontak dan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini dikategorikan sebagai kes import dari luar negara,” katanya. 

Dalam pada itu dengan pertambahan satu kes positif baharu hari ini, jumlah  keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat ini adalah sebanyak 679 kes.

JPBNS turut memaklumkan setakat hari ini, terdapat 10 kluster masih  aktif iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraaan (8 kes),  Kluster Mambong (7 kes),  Kluster Pusat Perubatan (3 kes),  Kluster Jupiter(3 kes),  Kluster Pasar Stutong (7 kes) dan Kluster Jeti Kuching (2 kes). 

Lagi kluster aktif, Kluster Sentosa (31 kes),  Kluster PUI Melbourne(3 kes), Kluster Syarikat Pembinaan Kuching (2 kes) dan Kluster Pasar Satok(4 kes). 

“Dimaklumkan juga lima kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 626 orang atau 92.16 peratus dengan seramai 34 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital manakala  jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.80 peratus. 

Hari ini juga sebanyak tujuh kes orang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan tiada kes yang menunggu ujian makmal.

Manakala seramai 146 orang dibawah pengawasan mendaftar masuk baru  ke hotel menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 17 buah hotel seramai 1,394 orang.

  • oleh
  • Advertisement