Anda di sini

PGRS dijangka tanding semua kerusi PRN Sabah 

Advertisement
MOHD BASRI
MOHD BASRI

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), sebuah parti berbilang kaum dijangka meletakkan calon di kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam pilihan raya (PRN) kali ini.

Timbalan Presiden PGRS, Datuk Mohd Basri Abd Gafar berkata, parti mensasarkan golongan muda profesional, wanita dan tokoh politik berpengalaman bertanding dalam PRN ke-16 ini.

“Kami akan membawa pendekatan baru dalam cara berpolitik matang , dan setia kepada rakyat katanya sambil menambah, parti itu akan menjadi kuasa ketiga `third force' dalam pilihan raya kali ini.

"Parti akan terus dengan matlamat membela hak hak rakyat Sabah, mengembalikan semangat MA63, dan membangunkan negeri dengan adil dan saksama.

“Sabah adalah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia tetapi kedudukannya kini telah merosot sebagai antara yang tercorot dari segi pembangunan ekonomi.

"Kita akan memperjuangkan perkara ini dan memastikan Sabah menjadi negeri yang maju menjelang 2030," katanya.

Menurutnya, pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut menjejaskan ekonomi rakyat, dan semua rakyat mesti bersama sama mengatasi impak negatif pandemik itu.

Sehubungan itu, PGRS menawarkan alternatif baru kepada rakyat untuk mewakili dan membela aspirasi dan suara mereka agar terdengar lebih jelas dan diberikan perhatian.

  • oleh
  • Advertisement