Anda di sini

Haiwan ternakan, longkang busuk jadi kebimbangan penduduk Taman Tinosan

Advertisement
 Calvin membuat tinjauan di kawasan belakang perumahan Taman Tinosan.
TINJAU: Calvin membuat tinjauan di kawasan belakang perumahan Taman Tinosan.

SANDAKAN: Tindakan segelintir penduduk yang memelihara haiwan ternakan di kawasan belakang perumahan Taman Tinosan, Batu 4 di sini menimbulkan rasa kurang selesa kepada jiran berhampiran.

Selain itu, keadaan saluran longkang yang busuk dan pengaliran yang tidak lancar turut menjadi antara kebimbangan penduduk.

Berikutan itu, aduan berhubung dua perkara itu telah dikemukakan oleh penduduk kepada penyandang DUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun.

Beliau bersama pasukannya iaitu Pemaju Mukim Elopura, Stanley Tan dan Penyelia Pembangunan Masyarakat, Mook Ka Min serta Ketua Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal MPS, Mohd Anshari Kassim kemudian turun padang membuat tinjauan di Taman Tinosan.

Mereka mendapati saluran pembentungan tidak lancar kerana penyambungan haram banyak dilakukan oleh penduduk di kawasan perumahan itu.

 Tindakan penduduk yang memelihara itik di belakang rumah akan diberi perhatian oleh MPS.
PELIHARA: Tindakan penduduk yang memelihara itik di belakang rumah akan diberi perhatian oleh MPS.

Keadaan itu telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dan menyebabkan saluran tersumbat dan berbau busuk.

Menurut Calvin, kerja-kerja pembersihan longkang akan segera dimulakan di kawasan tersebut setelah kawasan longkang di Indah Jaya selesai.

Beliau turut menggesa para penduduk bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing dan tidak melakukan penyambungan haram agar tidak menimbulkan masalah seumpama.

  • oleh
  • Advertisement