Anda di sini

17 Ogos semakan kehakiman berhubung pembubaran DUN Sabah

Advertisement
 Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili Musa dan 32 ADUN yang lain.
WAKIL MUSA: Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili Musa dan 32 ADUN yang lain.

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos untuk penjelasan atau keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim yang menetapkan tarikh itu juga mengarahkan Jabatan Peguam Negara memfailkan hujahan mereka selewat-lewatnya pada 10 Ogos dan dibalas oleh pemohon pada 12 Ogos.

Pada 4 Ogos lepas, Musa dan ADUN, yang bersekutu dengannya telah mengemukakan permohonan ex-parte mereka melalui Tetuan FT Ahmad & Co, Peguambela & Peguamcara yang menamakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kerajaan Negeri, masing-masing sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat.

 Peguam Brenndon Keith Soh mewakili Peguam Negara.
BRENNDON: Peguam Brenndon Keith Soh mewakili Peguam Negara.

Dalam notis permohonan berkenaan, selain Musa, ADUN yang terlibat ialah Datuk Bolkiah Ismail, Julita Mojungki Ismail, Datuk Lasiah Baranting @ Anita, Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid, Datuk Jahid @ Noordin Jahim, Datuk Seri Panglima  Haji Hajiji Haji Noor, Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai, Kenny Chua Teck Ho, Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Isnin Haji Aliasnih @ Liasnih, Datuk Limus Jury, Matbali Musah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Dr. Gapari Katingan @ Geoffrey Kitingan, Robert Tawik @ Nordin, Jamawi Jaafar, Datuk Ellron Angin, Bobbey Ahfang Suan, Datuk James Ratib, Abdul Rahman Kongkawang, Datuk Masiung Banah, Datuk Saddi Abdul Rahman, Datuk Osman Jamal, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan, Datuk Hamisa Samat, Datuk Abd Muis Haji Picho, Jaffari Waliam dan Loh Ee Eng.

  • oleh
  • Advertisement