Anda di sini

PH setuju kerjasama hadapi PRN 2020

Advertisement
 Liew (tengah) bersama Poon (empat kiri), Lahirul (empat kanan) dan pemimpin lain dari parti komponen PH Sabah.
SEPAKAT: Liew (tengah) bersama Poon (empat kiri), Lahirul (empat kanan) dan pemimpin lain dari parti komponen PH Sabah.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bersetuju  bekerjasama dalam persiapan menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin parti komponennya untuk berbincang persiapan di Ibu Pejabat DAP Sabah pada malam Rabu.  

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.
 
"Kami telah bersetuju untuk bekerjasama dan yakin akan memenangkan pilihan raya negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," kata beliau.

Liew yang juga Ketua PKR Sabah menegaskan sekali lagi sokongan  yang tidak berbelah bagi untuk Shafie untuk membentuk dan menerajui pemerintahan seterusnya.

  • oleh
  • Advertisement