Anda di sini

PETRONAS beri jaminan jelaskan SST 2019 hampir RM1.3 bilion - Sharifah Hasidah

Advertisement
 

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) perlu menjelaskan Cukai Jualan Negeri (SST) Sarawak hampir RM1.3 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 termasuk denda pembayaran lewat dan faedah.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk  Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali (gambar) berkata PETRONAS telah memberi jaminan bertulis SST berkenaan akan dibayar oleh tujuh anak syarikatnya termasuk Petronas Carigali Sdn Bhd yang teribat secara langsung dalam penjualan produk-produk petroleum di Sarawak.

Beliau berkata anak-anak syarikat ini telah dikenalpasti oleh PETRONAS dalam proses pendaftaran dengan Comptroller  (pengawal selia) sebagai 'orang kena cukai' yang akan bertanggungjawab membayar SST kepada Kerajaan Negeri.

Menurutnya proses pendaftaran anak-anak syarikat PETRONAS itu akan selepas pada 15 Ogos 2020.

"PETRONAS telah memberi jaminan bertulis, bahawa anak-anak syarikatnya ini akan membayar SST seperti yang dinilai," katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Sharifah Hasidah berkata Comptroller kini membuat penilaian jumlah SST yang perlu dibayar oleh setiap anak syarikat PETRONAS berkenaan bagi tahun 2019 berdasarkan rekod jumlah produk petroleum sebenar dijual oleh mereka dan pengisytiharan nilai penjualannya disediakan oleh anak-anak syarikat terbabit.

Beliau berkata penilaian sedemikian akan dibuat oleh Comptroller dengan ketat sesuai dengan peruntukan Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998 dan Peraturan Cukai Jualan Negeri 1998.

"Tiada potongan atau pengecualian akan diberikan," tegasnya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri dan Comptroller  SST telah menarik balik saman yang difailkan terhadap PETRONAS untuk mendapatkan kembali SST bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 berjumlah hampir RM1.3 bilion termasuk denda lewat pembayaran dan faedah.

PETRONAS juga ujarnya telah menarik tuntutan balasnya terhadap Kerajaan Negeri dan Comptroller kerana mengenakan SST yang tepat ke atas PETRONAS bagi jualan produk-produk petroleum bagi tempoh berkenaan.

"Keputusan PETRONAS menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, mengesahkan kuasa perlembagaan Negeri untuk mengenakan SST ke atas produk-produk petroleum dan menamatkan proses perundangan baru ini bagi menjelaskan SST dari PETRONAS.

"PETRONAS memberi jaminan anak-anak syarikatnya akan membayar SST, isu hak-nak Sarawak untuk mengenakan levi SST ke atas produk-produk petroleum akhirnya selesai.

"Kerajaan Negeri kini memfokus kepada usaha memperkukuhkan lagi PETROS dan rakyat Sarawak serta syarikat-syarikat Sarawak yang terlibat dalam sektor minyak dan gas dengan kolaborasi bersama PETRONAS,"ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement