Anda di sini

Manfaatkan PRN untuk isu pembelaan wanita

Advertisement
ROYANI.
ROYANI.

LAHAD DATU: Ketua Wanita Umno Bahagian Silam, Royani Rafael mengajak kaum wanita menjadikan Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini sebagai terjemahan kehendak mereka demi  masa depan generasi seterusnya.

Menurutnya, wanita sebagai tunggak ekonomi rumahtangga perlu bijak menilai dan menentukan hala tuju kepimpinan Sabah kerana peranan pemimpin diperlukan dalam memperkasakan wanita.

Katanya, keharmonian rumahtangga dalam menyusuri pelbagai cabaran dan kekangan akan datang menuntut wanita mengadaptasi perubahan dan tampil berwawasan.

"Kita yang berada di luar bandar ini khususnya mempunyai banyak tekanan dan kekangan yang tidak boleh lagi dipinggirkan.

"Kita tunggak pembinaan institusi kekeluargaan yang perlu mempunyai ketahanan menghadapi cabaran dan justeru itu kita perlukan pemimpin yang dapat mengangkat keperluan wanita sebagai keutamaan mereka," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kekangan ekonomi dalam mengurus perbelanjaan keperluan keluarga saban masa memberi tekanan tatkala mahu mendapatkannya di kedai-kedai runcit.

Katanya, senarai barangan yang telah disiapkan di rumah selalu sahaja meleset akibat berdepan dengan harga barangan yang tidak menentu.

"Harga barangan sentiasa berubah seperti dibuat mengikut kehendak penjual, pemantauan penguatkuasaan tidak pula dapat mengatasinya dan keadaan ini berlarutan kritikal saat kita semua menghadapi kesan penularan COVID-19," katanya.

Royani turut menyelar pelbagai program yang dihebahkan mahu membantu meningkatkan ekonomi luar bandar menemui jalan buntu dan kegagalan.

Demikian juga kemudahan asas bekalan air bersih, elektrik dan internet yang seakan diabaikan dan terbiar tanpa khabar penyelesaian.

  • oleh
  • Advertisement