Anda di sini

Awil tawar diri tanding DUN Pantai Dalit 

Advertisement
 Awil (kanan) semasa menerima salah satu penghargaan.
PINGAT: Awil (kanan) semasa menerima salah satu penghargaan.

KOTA KINABALU: Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Tuaran, Leftenan Muda Maritim (B) Awil Kamsari, menawarkan diri untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula 1 Mac 1999 sehingga 15 Oktober 2008 sebelum berpindah menjadi pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sehingga Februari 2018.

Awil yang komited memperkasa, memartabat dan membela nasib rakyat juga bertanggungjawab sebagai Ahli Majlis Perunding Penjaja Dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (M3PNS) dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Sabah.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian serta Diploma Teknologi Marin itu sentiasa aktif, prihatin dan lantang dalam memperjuangkan hak dan kepentingan badan bukan kerajaan (NGO), veteran pasukan keselamatan dan badan beruniform yang menabur jasa berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Beliau yang mewakili suara Perwira Negeri Sabah berkata sekiranya kepimpinan memberikan peluang dan ruang serta hasratnya itu, beliau harapkan pihaknya mendapat penerimaan masyarakat di kawasan tersebut.

  • oleh
  • Advertisement