Anda di sini

Waran tangkap ke atas pemuda dituduh melakukan amang seksual

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pemuda yang dituduh melakukan amang seksual fizikal kerana gagal hadir untuk sebutan kes.

Hakim Jason Juga memerintahkan waran tangkap ke atas tertuduh berusia 24 tahun itu untuk dibawa ke mahkamah semula pada 12 Ogos depan. 

Waran tangkap itu dikeluarkan mahkamah setelah membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun dengan menyentuh payudara dan kemaluan mangsa untuk tujuan seksual.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 20 Oktober tahun lalu, jam 3.30 pagi di dalam sebuah pondok durian terletak di Kampung Temaga Dayak, Sematan. 

Justeru, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat. 

  • oleh
  • Advertisement