Anda di sini

Warga emas ditemui mati di kaki lima pusat beli belah

Advertisement
Lelaki warga emas yang ditemui meninggal dunia di kawasan kaki lima sebuah pusat beli-belah di sini tengah hari tadi. - Gambar media sosial
Lelaki warga emas yang ditemui meninggal dunia di kawasan kaki lima sebuah pusat beli-belah di sini tengah hari tadi. - Gambar media sosial

MIRI: Seorang warga emas berusia 62 tahun ditemui meningal dunia di kaki lima sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata lelaki itu ditemui terbaring oleh orang awam sekitar jam 12 tengah hari, berhampiran sebuah restoran segera di pusat beli belah tersebut.

Melihat keadaan itu, orang awam kemudian segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.

"Pada awalnya, lelaki terbabit disangka pengsan sehingga sepasukan paramedik yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas si mati, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah. Justeru kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya ketika mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan sebelum kejadian, lelaki berkenaan telah berkunjung ke pusat beli-belah itu, namun dipercayai pengsan sebaik keluar dari bangunan tersebut.

Mayatnya dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
 

  • oleh
  • Advertisement