Anda di sini

MACMA ubah persepsi terhadap individu peluk Islam

Advertisement
 Tony (dua kanan) serta ahli MACMA Sarawak yang lain merakam kenangan bersama Fatimah.
KUNJUNGAN: Tony (dua kanan) serta ahli MACMA Sarawak yang lain merakam kenangan bersama Fatimah.

KUCHING: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak telah memberi sumbangan sangat signifikan membantu mengubah persepsi masyarakat umum terhadap individu yang memilih menukar agama mereka dengan memeluk Islam.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ahli MACMA telah membuktikan hubungan mereka dengan keluarga asal lebih-lebih lagi adik beradik dan ibu bapa masih sama meskipun telah memeluk Islam.

“Tahniah kerana MACMA Sarawak dapat mengubah persepsi masyarakat umum apabila seseorang menukar agama mereka.

“Bermula secara sederhana, hingga kini, persatuan ini telah mempunyai lebih 600 ahli dan kini semakin menunjukkan kemampuan menangani cabaran dan masalah bagi memenuhi objektif penubuhannya,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada ahli MACMA Sarawak di kediamannya semalam.

Delegasi terdiri daripada sembilan orang itu diketuai Pengerusi MACMA Sarawak Tony Ong Abdullah.

Tujuan kunjungan hormat itu ialah membincangkan beberapa perkara berkaitan aktiviti MACMA Sarawak bagi tahun 2019, 2020 dan pasca-COVID-19 bersama Fatimah.

Objektifnya ialah merapatkan jurang, memastikan selepas proses menukar agama, seseorang itu dapat memahami, menyatu dan mengikuti ajaran Islam.

Beliau berkata sejarah menukar agama (untuk memeluk Islam) di Sarawak bermula dengan Urusetia Saudara Baru pada 1996, MACMA Sarawak telah ditubuh dan diperkenal untuk mengendalikan kaum Cina yang memeluk Islam kerana masalah bahasa.

“Saya sangat bangga melihat ia masih wujud. Adalah sukar untuk mengekalkan aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama berasasakan agama melainkan mereka benar-benar komited dan mempunyai pasukan jawatankuasa yang bagus,” kata Fatimah.

Advertisement