Anda di sini

Lori, minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM93,276.84 disita 

Advertisement
Lori berkenaan dibawa ke pejabat KPDNHEP Sarawak di Jalan Tun Jugah, Kuching. 
Lori berkenaan dibawa ke pejabat KPDNHEP Sarawak di Jalan Tun Jugah, Kuching. 

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 menyita sebuah lori dan minyak diesel sebanyak 1,800.46 liter dengan nilai keseluruhan rampasan RM93,276.84 dalam Operasi Libas di Serian, baru-baru ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata pada 30 Julai 2020 sekitar pukul 6 petang, KPDNHEP ibu pejabat negeri berkenaan menerima kes serahan daripada PGA Batalion 11 di Serian.

"Dalam Operasi Libas pada 30 Julai 2020, PGA telah menyita sebuah kenderaan lori dan minyak diesel sebanyak 1,800.46 liter dengan nilai anggaran RM3,276.84.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan ialah RM93,276.84," jelas KPDNHEP Sarawak.

Menurut KPDNHEP Sarawak, hasil siasatan awal mendapati Orang Kena Tuduh (OKT) tidak memiliki lesen atau kebenaran memiliki atau menjalankan urus niaga barang kawalan tersebut.

Kes ini disiasat lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, tambahnya.

"Sekiranya disabit kesalahan, jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta bagi setiap barangan kesalahan dilakukan untuk pesalah yang merupakan satu pertubuhan perbadanan.

"Jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM1 juta bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya," jelas KPDNHEP Sarawak.

Sehubungan itu, KPDNHEP dengan kerjasama jabatan serta agensi penguat kuasa akan sentiasa dan berterusan memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa untuk menangani ketirisan barang kawalan bersubsidi.

  • oleh
  • Advertisement