Anda di sini

Kapal tunda karam di Kuala Igan

Advertisement
 Keadaan tongkang yang masih berada di kawasan kapal tunda karam.
DI SINI: Keadaan tongkang yang masih berada di kawasan kapal tunda karam.
 Tiang kapal tunda yang kelihatan di kawasan dimaksudkan.
KARAM: Tiang kapal tunda yang kelihatan di kawasan dimaksudkan.

MUKAH: Sebuah kapal tunda karam di Kuala Igan sekitar jam 1 petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, kapal tunda berkenaan karam dan berada di kawasan tiga hingga empat batu nautika dari pantai Kuala Igan.

“Ia berdasarkan maklumat yang diterima penduduk kampung yang memberikan maklumat apabila melihat kapal tunda berkenaan di kawasan perairan,” kata kenyataan itu.

Tiang kapal tunda dan tongkang yang ditunda masih berada di lokasi dinyatakan.

Difahamkan juragan kapal warga tempatan sempat menyelamatkan diri ketika kapal tenggelam bagaimanapun dikatakan seorang anak kapal masih terperangkap di dalamnya.

Kesahihan terdapat anak kapal masih terperangkap dan maklumat lengkapnya belum dapat dipastikan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah bergegas ke kawasan dinyatakan dengan lima anggota diketuai Azman Hanapis dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat.

Ketua Polis Daerah Matu-Daro DSP Neil Beginda ketika dihubungi menyatakan bahawa maklumat mengenai juragan dan anak kapal masih belum dapat disahkan.

“Juragan belum membuat sebarang laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.

Advertisement