Anda di sini

Kawasan sesak berisiko penularan wabak COVID-19

Advertisement
 Dr Annuar (berdiri, tiga kiri) melawat stesen penyembelihan lembu korban di Jalan Bandong, Sibu semalam.
KORBAN: Dr Annuar (berdiri, tiga kiri) melawat stesen penyembelihan lembu korban di Jalan Bandong, Sibu semalam.

SIBU: Seseorang itu masih berisiko dijangkiti wabak COVID-19 jika berada di kawasan sesak dengan orang ramai walaupun menggunakan penutup hidung dan mulut.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee berkata penggunaan penutup hidung dan mulut mampu memberi perlindungan kepada si pemakai di tempat sesak namun tiada jaminan perlindungan 100 peratus terhadap jangkitan.

Dalam hal ini, beliau mengingatkan orang awam perlu mematuhi 3C iaitu mengelakkan tempat sesak (crowded places), ruang terbatas (confined places) dan perbualan dekat (close conversations).

“Kita harus menghindari pergi ke tempat-tempat sesak seboleh mungkin.

“Tetapi sekiranya ini tidak dapat dielakkan, kita harus memakai penutup hidung dan mulut melindungi diri dan orang lain daripada kemungkinan jangkitan COVID-19,” katanya ditemui di Surau Darul Islam di Jalan Bandong di sini semalam.

Mengenai pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha ke kawasan Nangka, beliau berkata sebuah pusat pengedaran mengendalikan kerja-kerja mengagihkan kepada mereka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19.

Menurut Dr Annuar, anggota PBB di sini membantu mengagihkan daging korban kepada kira-kira 923 orang memerlukan.

“Sebanyak 23 ekor lembu disembelih pada Hari Raya Aidiladha di sini, meliputi 23 kawasan.

“Sudah tentu beberapa kawasan mempunyai lebih daripada seekor lembu kerana mereka menganjurkan acara itu atas inisiatif mereka sendiri,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement