Anda di sini

Terus rundingan,selepas perintah bayaran keluar dan masuk ditangguhkan pada Oktober

Advertisement
Awang Tengah (tiga kiri) bersama Khalthom (dari kiri), Dr Abdu Rahman dan Ahmad Denney di Lapangan Terbang Limbang hari ini.
Awang Tengah (tiga kiri) bersama Khalthom (dari kiri), Dr Abdu Rahman dan Ahmad Denney di Lapangan Terbang Limbang hari ini.


LIMBANG: Malaysia akan meneruskan rundingan dan perbincangan bersama dengan Negara Brunei selepas Perintah Bayaran Keluar dan  Masuk 2020  yang sepatutnya dilaksanakan negara jiran itu  hari ini ditangguhkan pada 1 Oktober depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Malaysia melalui kerajaan negeri Sarawak amat  berterima kasih kepada Negara Brunei kerana bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan  Perintah Bayaran Keluar dan  Masuk 2020  seperti yang dikeluarkan Melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei sebelum ini.

“Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk 2020 oleh Negara Brunei itu sepatutnya  dilaksanakan hari ini tetapi ditangguhkan pada 1 Oktober depan.

“Penangguhan ini bagi membolehkan rundingan dalaman dan perbincangan bersama kerajaan Malaysia diteruskan untuk menilai dan meneliti perkara-perkara yang saya bangkitkan melalui surat yang saya tulis sebelum ini iaitu pada 20 Julai lepas kepada Negara Brunei,” katanya pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Limbang, hari ini.

Turut sama ialah Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah  Datuk Dr  Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagia Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Ketua Imigresen Bahagian Limbang (JIBL)  Khalthom Ahmad.

Awang Tengah  yang juga  Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan  Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak  berkata lagi Malaysia khususnya Sarawak  amat menghargai tali persahabatan dan hubungan  rapat diantara kedua-dua negara berjiran.

”Sarawak sekali lagi  mengucapkan terima kasih kepada Negara Brunei  dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

“Saya menerima surat daripada Datuk Seri Setia Erywan  pada 30 Julai lepas yang menyatakan tentang keputusan Brunei yang menangguhkan perintah  pembayaran pada surat tersebut,” katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement