Anda di sini

Saingan Liga Trio 149 & Ke bawah Megalanes kembali

Advertisement
 Farisya Izzati (kiri), Ramzul Majnan dan Mohd Ghazali mewakili Namana Bowlers.
LAKAR KEMENANGAN: Farisya Izzati (kiri), Ramzul Majnan dan Mohd Ghazali mewakili Namana Bowlers.

KUCHING: Selepas hampir empat bulan berehat susulan pandemik COVID-19, semua peserta Liga Trio 149 & Ke bawah Megalanes Adventure World kembali menyambung saingan pada Selasa lalu untuk menamatkan perlawanan Positioning Round masing-masing.

Pasukan juara, Namana Bowlers melakarkan satu lagi kemenangan besar dengan menumpaskan musuh terdekat, Bojangle’s dengan 16-4.

Bagaimanapun, Bojangle’s jatuh ke tangga ketiga selepas kekalahan besar itu membolehkan Mix & Match mencuri peluang untuk naik ke tangga kedua selepas menang 12-8 ke atas Mastermind di tangga keempat.

De’Shoon pula kekal di tangga kelima meskioun tewas 9.5-10.5 kepada SDO Crocs yang menghuni tangga keenam sambil The Advocates 2, Silent Killer dan The Advocates 1 menamatkan saingan di tangga ketujuh hingga kesembilan.

Dalam pada itu, Namana Bowlers meraih anugerah tambahan dengan memenangi gelaran Team High Game (Handicap) dan Team High Series (Handicap) disusuli Mastermind dan Mix & Match di tangga kedua.

Selain itu, Farisya Izzati dari Namana Bowlers juga memenangi kategori Individual High Game Handicap sambil rakan sepasukan, Kamarudin Jokepli di tempat kedua.

Kategori Individual High Series Handicap pula diungguli Mohd Azri Aisamuddin dari Bojangle’s dengan Farisya di tempat kedua.

Advertisement