Anda di sini

RM50,000 diperuntuk kepada Masjid Darul Aman Kampung Gum-Gum baiki lantai masjid

Advertisement
 Jaffari (tiga kiri) menyampaikan cek kepada jawatankuasa masjid sambil diperhatikan oleh Amid (dua kanan).
SIMBOLIK: Jaffari (tiga kiri) menyampaikan cek kepada jawatankuasa masjid sambil diperhatikan oleh Amid (dua kanan).

SANDAKAN: Pengerusi Penggerak Komuniti Libaran Jaffari Waliam telah menyampaikan peruntukan RM50,000 untuk Masjid Darul Aman Kampung Gum-Gum.  

Beliau berkata peruntukan dari Kerajaan Persekutuan itu disampaikan kepada pihak jawatankuasa masjid bagi membaikpulih lantai masjid.

“Lantai masjid itu yang kini menggunakan karpet digantikan kepada Jubin (mozek),” katanya ketika selepas penyerahan cek kepada Masjid Darul Aman Kampung Gum-Gum.

Jaffari yang sebelum ini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, waktu majlis berkhatan tahun lepas dimana dia telah mengumumkan peruntukan ini bagi mengantikan lantai masjid berkenaan.

"Alhamdulillah… peruntukan yang kita mohon pada kerajaan Persekutuan telah pun diluluskan dan kita serahkan kepada pihak masjid bagi membaikpulih lantai masjid berkenaan," katanya.

Mengenai majlis perlaksanaan ibadat korban di Masjid Nurul Aman, beliau berkata aktiviti penyembelihan dan pengagihan daging korban dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standar (SOP) yang ditetapkan.

“Kita dapat menunaikan niat kita untuk menjalankan ibadat korban dan mengagihkan dagin korban itu kepada asnaf,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Darul Aman Kampung Gum Gum Amid @ Amit Dullahman berkata, 20 ekor lembu dikorbankan sepanjang dua hari ini.

“Kita mengikut SOP yang kerajaan ditetapkan dimana 10 ekor lembu dikorbankan kelmarin dan hari ini, 10 ekor lagi,” katanya.

Amid berkata, lembu-lembu ini adalah sumbangan wakil-wakil rakyat iaitu Jaffari Waliam dan Datuk Zakaria Edris serta individu.

"Kita mensasarkan lebih 1000 golongan asnaf di Kampung Gum-Gum dan PPR Taman Sri Gum-Gum akan menerima daging korban berkenaan yang disediakan oleh dua buah masjid iaitu Masjid Nurul Aman dan Masjid Al-Taqwa Gum-Gum,” katanya.  


 

  • oleh
  • Advertisement