Anda di sini

Rebut tawaran hebat ‘Bedding Expo’ sehingga 2 Ogos ini

Advertisement
 Popular Furniture & Bedding memberikan tawaran hebat sepanjang ekspo yang akan berakhir pada 2 Ogos ini.
TAWARAN HEBAT: Popular Furniture & Bedding memberikan tawaran hebat sepanjang ekspo yang akan berakhir pada 2 Ogos ini.

SIBU: Popular Furniture & Bedding di Ulu Sungai Merah mempelawa orang ramai untuk merebut peluang menikmati tawaran hebat selama tiga hari terakhir ‘Bedding Expo’ yang tamat pada 2 Ogos ini.

Pengarah Urusannya Richard Ting berkata, ekspo pertama dan terbesar pernah diadakan di Sibu itu bermula 23 Julai lalu.

“Lima jenama tilam ditawarkan sepanjang ekspo iaitu jenama Silent Night (jenama super nombor satu di UK), Dormiflex (tilam nombor satu di UK), Restpedic (jenama Itali) dan Master Coil dan Master Foam (jenama Malaysia).

“Harga kilang terendah yang ditawarkan ialah RM990. Kami menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk jenama Silent Night dan Dormiflex,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Ting berkata, Popular Furniture & Bedding turut menawarkan tawaran hebat satu set bilik tidur dengan harga serendah RM1,990 yang merangkumi almari pakaian, meja rias dan meja sisi.

“Salah satu set bilik tidur adalah Kimyee Bedroom Set dengan fungsi ‘anion’ dengan harga bermula dari RM1,990. Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapat tiga bantal percuma dengan pembelian satu bantal lateks dengan harga RM388,” ujarnya.

Popular Furniture & Bedding yang terletak di alamat Lot 2424, Jalan Ulu Sungai Merah dibuka dari jam 9 pagi hingga 8 malam dari Isnin hingga Sabtu dan jam 9 pagi hingga 5 petang pada Ahad dan cuti umum.

Advertisement