Anda di sini

Rai Aidiladha, patuhi SOP PKPP

Advertisement
 Christina menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid USIA Bandar Raya Kota Kinabalu.
SUMBANGAN: Christina menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid USIA Bandar Raya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diajak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, semua warga perlu bersatu hati mematuhi SOP PKPP untuk memastikan rantaian COVID-19 berakhir sepenuhnya.

“Mari ‘berkorban’ sedikit masa dan tenaga mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya, sempena majlis sumbangan dan pengagihan daging peringkat Dewan Undangan Negeri Api-Api di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini.

Christina berkata hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini unik kerana sambutan perayaan sentiasa disambut bersama-sama tanpa mengira agama dan keturunan.

Sempena program terbabit, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu turut menyempurnakan acara pengagihan sumbangan daging kepada para penerima bantuan.

Seramai 25 ibu tunggal dan tujuh penjaja menerima bantuan khas yang disampaikan sendiri oleh beliau selain beberapa rumah ibadah serta organisasi dakwah di negeri ini.

Antaranya, Masjid USIA Bandaraya Kota Kinabalu, Jawatankuasa Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu, Tabung Surau IPD Kota Kinabalu, Badan Dakwah MPN Negeri Sabah dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Negeri Sabah.

Penerima lain, Darul Bakti Kota Belud, Masjid Al-Hidayah Kg Sabang, Surau Penempatan Telipok, Surau Al-Azhar Kg Lok Urai, Masjid Al-Alif Pulau Gaya, Masjid Sembulan dan Masjid Pasar Kraftangan (Al Aman).


 

  • oleh
  • Advertisement