Anda di sini

Penyertaan dipelawa bagi kursus Excel secara percuma 15 Ogos ini

Advertisement
RAHMAT AIDIL
RAHMAT AIDIL

SIBU: Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar bagi mengikuti kursus ‘Basic Excel For Data Management’ secara percuma pada Sabtu, 15 Ogos ini bertempat di Plux Incubation Hub, Sibu.

Program anjuran Hab Inovasi Digital Sibu itu akan bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Bengkel akan dikendalikan oleh Pensyarah Kanan dan Ketua Program Pemasaran Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Rahmat Aidil Djubair.

Dalam pengurusan data asas ini yang menggunakan aplikasi Excel, peserta akan mempelajari cara paling berkesan untuk menerapkan Excel ke dalam aplikasi perniagaan dan memperbaikinya dengan bantuan aplikasi Microsoft Office lain seperti PowerPoint dan Word.

Kursus ini akan memberi pendedahan tentang semua kemahiran yang diperlukan kepada peserta sehingga data yang dikumpulkan dapat digunakan untuk meningkatkan proses membuat keputusan.

Peserta akan mempelajari kemahiran dan teknik bagaimana mengumpulkan dan mengurus data dengan menggunakan semua fungsi dan formula yang penting.

Menerusi kursus ini, peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menguasai ‘Google Form’ sebagai alat pengumpulan data yang paling berkesan dan menggunakannya untuk fungsi pengurusan data yang lebih berkesan di Excel.

Peserta juga akan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Office lain (PowerPoint dan Word) untuk menyokong Excel sebagai aplikasi pengurusan data.

Peserta juga akan diper-kenalkan kepada Pivot Table dan menggunakannya untuk mengurus data perniagaan dengan mudah dan meng-ubahnya menjadi persembahan yang berkesan dan menarik.

Di samping itu, peserta akan menguasai semua fungsi dan formula Excel yang pa-ling penting untuk meng-uruskan data perniagaan.

Bagi yang berminat me-ngikuti kursus ini, mereka diminta untuk membawa komputer riba peribadi, telefon pintar (Andriod) dan data diri.

Yuran komitmen seba-nyak RM20 akan dikenakan kepada setiap peserta.

Bagaimanapun, yuran berkenaan akan dikembali-kan kepada peserta selepas menjalani kursus sehingga tamat.