Anda di sini

Penubuhan KRT wajar diperluas ke kawasan luar bandar: Harden

Advertisement
 Harden (kiri) menyantuni Giman Renang (tengah) sambil diperhatikan oleh Gerunsen (kanan) serta yang lain semasa menghadiri program tersebut.
BERSAMA WARGA EMAS: Harden (kiri) menyantuni Giman Renang (tengah) sambil diperhatikan oleh Gerunsen (kanan) serta yang lain semasa menghadiri program tersebut.

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mahu penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini diperluaskan ke luar bandar dan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.

Menurutnya, KRT ini adalah sesebuah organisasi kerajaan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertujuan membantu me-ningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Oleh yang demikian kata-nya, adalah wajar KRT diperluaskan ke kawasan luar bandar negeri ini.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ber-ucap pada Program Gotong-Royong Baik Pulih PPRT Rumah Earga Emas, Giman Renang di Rumah Lang, Sungai Putong, Ulu Undop anjuran KRT Zon 2, Ulu Undop di sini kelmarin.

Hadir sama dua Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Suzie Masing dan Shamsuri Ali, Pengerusi KRT Zon 2 Ulu Undop Kaunselor Gerunsen Nyelang, Pengerusi KRT Sungai Tenggak dan Menalang Kaunselor Andar Suntai, Pengerusi KRT Zon 1 Ulu Undop Jamit Nyelang serta yang lain.

Sementara itu, beliau berkata DUN Simanggang sa-ngat bertuah kerana secara keseluruhannya infrastruktur telah disediakan terutama jalan akses ke kampung-kampung, jambatan, bekalan air dan bekalan elektrik.

“Jalan raya dan jambatan umpamanya penting dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di sesuatu kawasan kerana jika kemudahan itu dibina, maka penduduk boleh meneroka tapak baharu untuk pertanian,” jelasnya.

Terdahulu, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abd Malek menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada KRT Zon 2, Ulu Undop kerana telah menjalankan aktiviti yang membawa manfaat langsung kepada masyarakat yang memerlukan.

Jelasnya, terdapat 56 KRT di Daerah Sri Aman, namun hanya lima sahaja yang aktif termasuk KRT Zon 2, Ulu Undop.

“Dalam menguruskan perjalanan KRT, setiap ketua yang dipertanggungjawabkan perlu mematuhi garis panduan yang telah disediakan seperti panggilan mesyuarat sebanyak enam kali dan mengadakan aktiviti sebanyak 12 kali.

“Jika KRT menjalankan tugas atau sering meng-          anjurkan program mereka akan diberi insentif per-untukan mengikut kategori. Paling aktif akan diberi ge-ran tahunan tambahan kewa-ngan RM6,500, aktif akan menerima RM4,500 dan sederhana aktif RM2,500,” jelasnya.

Pada majlis itu, perkakas Rumah Giman Renang telah disumbangkan oleh Harden manakala kerja-kerja menyiapkan baik pulih rumah dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan ahli KRT Zon 1 dan Zon 2, Ulu Undop.

Advertisement