Anda di sini

Penduduk Perumahan Ranggau bimbang semakin banyak anjing liar berkeliaran

Advertisement
 Kelihatan sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di Perumahan Ranggau semalam.
MERESAHKAN: Kelihatan sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di Perumahan Ranggau semalam.

LIMBANG: Penduduk di Perumahan Ranggau dekat sini menyatakan rasa bimbang berikutan kemunculan beberapa ekor anjing liar sejak kebelakangan ini di kawasan itu.

Kebimbangan itu berpunca berikutan beberapa kejadian penduduk dikejar oleh haiwan itu ketika melalui kawasan perumahan ber-kenaan meskipun belum ada kes digigit anjing dilaporkan setakat ini.

Seorang penduduk, Ahmad, 50-an, berkata penghuni taman itu turut bimbang dengan ancaman penyakit rabies walaupun setakat ini belum ada kes seumpamanya dilaporkan di situ.

Katanya, peningkatan jumlah anjing yang berkeliaran di kawasan itu me-nyebabkan mereka khuatir kerana penyakit berkenaan boleh membawa kematian dan mahu pihak berkuasa tempatan membanteras kehadiran anjing yang semakin bertambah jumlahnya sejak akhir-akhir ini.

“Memang bilangan anjing semakin meningkat di kawasan perumahan kami.

“Malah ada beberapa kejadian penduduk dikejar anjing di taman ini dan ia amat membimbangkan sekiranya berlaku kepada kanak-kanak sekolah,” katanya kepada media semalam.

Beliau berharap pihak berkuasa tempatan melakukan tindakan susulan sama ada menangkap ataupun membasmi kewujudan anjing liar ini, sekali gus menghilangkan keresahan penduduk di taman itu.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati sekumpulan anjing berkelia-ran di kawasan perumahan itu, malah ada beberapa anjing yang kelihatan agak agresif apabila terdapat penduduk yang lalu lalang sama ada menunggang motosikal mahupun menaiki kereta.

Advertisement