Anda di sini

Pemuda UPKO Tuaran siap sedia hadapi PRN

Advertisement
 Charles (tiga kanan) bersama seluruh ahli jawatankuasa Pemuda UPKO Tuaran merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Charles (tiga kanan) bersama seluruh ahli jawatankuasa Pemuda UPKO Tuaran merakamkan gambar kenangan.

TUARAN: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Pemuda UPKO Charles Jauti berkata, persiapan bagi menghadapi pilihan raya ini sebenarnya sudah pun dimulakan sebelum Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada Khamis lalu.

“Pemuda UPKO Tuaran sudah berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi. Persiapan kita sudah bermula lebih awal lagi.

"Kita tidak fokus kepada apa yang pembangkang buat, kita bersama parti cuma fokus kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan selepas  mempengerusikan mesyuarat Pemuda UPKO Tuaran.

Charles yang juga Naib Ketua III Pemuda UPKO Malaysia turut mengharapkan agar calon-calon yang diketengahkan dalam PRN kali ini turut merangkumi wakil daripada kalangan belia.

"Kita mahu dalam pucuk kepimpinan negeri nanti lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh membawa dan memperjuangkan suara para belia.

"Namun, siapa pun nanti yang akan dicalonkan, kita akan terus berjuang bersama seluruh ahli dan kepimpinan parti untuk memastikan kejayaan dalam PRN kali ini," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement