Anda di sini

Maxis tawar rangkaian kesalinghubungan dan penyelesaian digital untuk PKS

Advertisement
PAUL
PAUL

KUALA LUMPUR: Maxis bersedia menawarkan rangkaian kesalinghubungan dan penyelesaian digital untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah Geran Digitalisasi PKS, termasuk pemasaran digital, elektronik Point-of Sale, kerja jarak jauh dan e-dagang.

Ia berikutan pemilihannya sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), ujar Maxis dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Pada masa yang sama, Maxis telah bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan menghasilkan proses aplikasi yang lebih ringkas, cekap dan mudah untuk PKS.

“Maxis adalah TSP tele-komunikasi dengan penawaran terluas iaitu lebih daripada 17 jenis penyele-saian untuk pelbagai keperluan perniagaan.

“Ia sekali gus memboleh-kan PKS yang memohon melalui Maxis untuk mendapatkan penyelesaian bagi mempercepatkan aspirasi digitalisasi mereka,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, PKS akan mendapat manfaat dari kelebihan Maxis sebagai penyedia sepusat untuk pengalaman onboarding digital lengkap dengan rangkaian runcit terluas di seluruh negara.

“PKS juga akan mempunyai akses ke Skuad Bantuan yang berdedikasi untuk membantu mereka mencari penyelesaian yang tepat untuk perniagaan mereka.

“Manfaat ini diberikan kepada semua pelanggan sedia ada perniagaan Maxis yang ingin mendapat akses kepada geran tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus berkata, Maxis didorong oleh cita-cita kerajaan untuk menyokong PKS di negara ini.

Geran PKS katanya, akan membantu memula dan mempercepat pertumbuhan perniagaan yang sangat pen-ting bagi ekonomi.

“Justeru, pihak kami gembira dapat bekerjasama de-ngan MDEC dan BSN untuk membantu mempermudah dan mempercepat proses ini melalui onboarding digital, titik sentuh tunggal dan akses ke rangkaian penyelesaian digital yang paling menjimatkan.

“PKS di seluruh negara pasti tidak sabar untuk memajukan kembali perniagaan mereka dan kami sedia membantu,” kata Paul.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri pula memaklumkan yang MDEC komited untuk mengupa-yakan sektor kritikal ini menuju ke arah digitalisasi.

“Walaupun industri PKS telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami mahu memastikan momentum ini akan terus bergerak maju meskipun dalam masa yang mencabar ini.

“Oleh itu, mereka mesti melakukan lonjakan digital untuk menjadi perniagaan yang berupaya digital dan mengembangkan operasi mereka pada skala global,” jelasnya.  

Tambah Surina, pihaknya gembira kerana Maxis turut serta sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi untuk Geran Digitalisasi PKS kerana penyertaan ini akan melengkapkan perjalanan ke arah melonjakkan ekonomi digital.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani pula memaklumkan, Geran Digitalisasi PKS memang diperlukan pada masa yang mencabar ini dan bantuan kewangan adalah penting untuk menolong golongan PKS memperkukuhkan transformasi digital yang akan melindungi masa depan perniagaan mereka.

“Ini adalah dorongan yang PKS perlukan untuk terus maju dalam perniagaan dan kami ingin membantu mempermudahkan proses permohonan dan membolehkan mereka mendapat akses yang lebih mudah kepada geran tersebut.

“Usaha kami ini sejajar dengan komitmen kami untuk meningkatkan kese-jahteraan ekonomi negara,” katanya.

PKS akan dapat memanfaatkan Geran RM500 juta di bawah Bajet 2020 untuk mempercepat penggunaan digital bagi meningkatkan daya saing dan menjadi lebih tangkas pada masa yang mencabar ini.

Terdapat dua kategori penyelesaian yang layak mendapat subsidi di bawah geran ini iatu Penyelesaian-sahaja, dengan subsidi 50 peratus hingga RM5,000; dan kumpulan Salinghubungan dan Penyelesaian, dengan subsidi 30 peratus hingga RM3,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai penyelesaian digital dari Maxis, atau untuk memohon Geran, PKS boleh merujuk ke mana-mana Maxis Centre, hubungi 1919 atau 1800-82-1919, atau menye-rahkan butiran mereka di https://business.maxis.com.my/smegrant/. Pelanggan Maxis Business yang layak mendapat geran akan dihubungi dalam beberapa minggu.