Anda di sini

Leverkusen belum terima tawaran perpindahan untuk Kai Havertz

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 18 Mei 2020 ini menunjukkan Kai Havertz (tengah) beraksi menentang pasukan Werder Bremen dalam aksi Bundesliga. — Gambar AFP
MENINGKAT: Gambar fail bertarikh 18 Mei 2020 ini menunjukkan Kai Havertz (tengah) beraksi menentang pasukan Werder Bremen dalam aksi Bundesliga. — Gambar AFP

BERLIN: Bayer Leverkusen belum lagi menerima tawaran perpindahan untuk bintang mereka yang sedang meningkat naik, Kai Havertz, kata pengarah sukan kelab Simon Rolfes kelmarin.

Pemain berusia 21 tahun itu telah dikaitkan dengan kelab Inggeris Chelsea dan juara Bundesliga Bayern Munich.

Namun Rolfes yakin Havertz akan sekurang-kurangnya kekal bersama Leverkusen sehingga hujung kempen 2019/20 mereka dalam Liga Europa.

Mereka mendahului Rangers 3-1 selepas perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir, dengan perlawanan timbal balik di Bay Arena pada 6 Ogos.

“Kami sudah menyatakan beberapa kali bahawa kami akan menamatkan musim bersama seluruh pasukan kami. Dan ini termasuk Kai. Ia adalah jelas bagi kita,” kata Rolfes.

Havertz menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan pada musim ini, untuk membantu Leverkusen mara ke final Piala Jerman, di mana mereka tewas kepada Bayern, dan menduduki tempat kelima dalam Bundesliga.

Dia sudah membuat tujuh penampilan antarabangsa untuk Jerman. — AFP

Advertisement