Anda di sini

Kebakaran hutan jejas barat daya Perancis

Advertisement
 Anggota bomba cuba memadam kebakaran hutan yang marak di hutan Chibrta, barat daya Perancis kelmarin. — Gambar AFP
MARAK: Anggota bomba cuba memadam kebakaran hutan yang marak di hutan Chibrta, barat daya Perancis kelmarin. — Gambar AFP

ANGLET: Kebakaran hutan yang dimarakkan lagi oleh suhu yang tinggi telah mere-bak di seluruh hutan pokok pain di barat daya Perancis kelmarin, memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan memaksa ramai orang untuk meninggalkan kediaman mereka.

“Di hujung lorong saya api sedang menghampiri kawasan rumah-rumah dan ia adalah sangat kuat – kami semua dengan pantas masuk ke dalam kereta,” seorang penduduk  di kawasan perbandaran pantai Anglet berhampiran kawasan tumpuan pelancongan Biarritz memberitahu AFP.

Kira-kira 100 anggota bomba dan dua pengebom air cuba untuk menghalang api yang marak, yang telah meranapkan sebuah rumah dan hutan Chiberta seluas kira-kira 40 hektar pada jam 10.30 malam waktu tempatan, kata pentadbir wilayah tempatan.

“Kami memindahkan ke-semua penduduk di kedua-dua bahagian kebakaran,” datuk bandar Anglet Claude Olive memberitahu AFP.

Seorang wanita muda di-pindahkan dari apartmen teman lelakinya menyatakan  semuanya dalam keadaan baik sehingga jam 8 malam waktu tempatan.

“Kemudian pada jam 8.30 malam kami telah diberitahu ‘Semua orang sila keluar! Keadaan telah berubah’,” katanya sambil menangis.

“Saya melihat api itu kira-kira 10 meter jauhnya!” kata seorang penduduk yang tinggal di kawasan hujung hutan, sambil menambah bahawa “selalunya tidak pernah ada angin kuat di sini”.

Angin kuat dan ribut petir telah diramalkan bagi semalaman.

Bahagian barat daya Perancis mengalami keadaan cuaca yang agak panas kelmarin, dengan pekan berhampiran Saint-Jean-de-Luz melakar rekod suhu baharu sehingga 41.9 darjah Celsius (107 Fahrenheit). — AFP