Anda di sini

Jayakan usaha keselamatan negara bersama: ESSCom

Advertisement
 Raymie (dua dari kanan) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di kampung berkenaan.
DAGING KOBAN: Raymie (dua dari kanan) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di kampung berkenaan.

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengulangi gesaan kepada masyarakat yang tinggal di pulau-pulau agar tidak bersekongkol dengan menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan.

Pengarah Khidmat Keurusetiaan ESSCom Raymie Amiril berkata, kerjasama perlu dijayakan bersama kerana keselamatan dan keamanan negara telah menjadi tanggungjawab bersama.

"Kerjasama dan bantuan daripada semua pihak adalah amat penting bagi merealisasikan keamanan dan kesejahteraan di negara ini.

"Justeru kita perlulah lebih berhati-hati dan berwaspada daripada dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pulau Sakar, di sini.

Beliau seterusnya mengajak masyarakat di pulau-pulau memberi kerjasama kepad pasukan keselamatan dengan manjadi mata dan telinga ESSCom.

Katanya, tindakan segera perlu dilakukan dengan melaporkan sebarang elemen atau kejadian yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada ESSCom.

"Penduduk di Pulau Sakar juga diseru agar tidak melindungi atau bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan mahu pun pendatang asing tanpa izin yang lihat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan jenayah penyeludupan dan aktiviti lain yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kg. Lok Terusan, Pulau Sakar Abdul Razak Halmain berkata, sumbangan dua ekor lembu untuk melaksana ibadah korban itu amat dihargai penduduk di pulau itu.

"Sumbangan ini amat kami hargai dan saya mewakili penduduk di sini menghargai sumbangan ini untuk melaksana ibadah korban seterusnya diagih kepada penduduk sekitar pulau ini," katanya.

Ketua Staf Udara ESSCom Brig. Jen Ayub Khan Mohd Khan telah menyempurnakan upacara penyembelihan dan dilapah secara bergotong royong bersama penduduk yang hadir.

Dua ekor lembu itu disumbangkan warga ESSCom dan dagingnya diedarkan kepada lebih 100 golongan asnaf di sekitar Pulau Sakar.



 

Advertisement