Anda di sini

Ingkar SOP: 12 warga asing ditangkap, 18 kompaun dikeluarkan

Advertisement
 

KUCHING:Seramai 12 warganegara asing ditangkap di Sibu kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata mereka yang ditahan adalah terdiri enam warganegara China dan enam lagi berasal dari Vietnam.

"Selain itu, sebanyak 18 notis kompaun kerana ingkar SOP dikeluarkan (Polis) iaitu tujuh di Miri, Kuching (6);Samarahan serta Padawan masing-masing dua dan Limbang satu.

"Untuk makluman, polis akan terus memperketatkan pematuhan SOP termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, pasukan pematuhan PKPP telah melakukan pemeriksaan ke atas 2,215 premis. 

"Pemantauan adalah termasuk 445 buah pasaraya, restoran (583); kilang (19); bank (191); pejabat kerajaan (101); pusat penjaja (66); pasar awam (86); tempat ibadah (112); tempat riadah (48); tapak pembinaan (11) dan lain-lain (553).

"Pasukan pemantau terdiri daripada 650 anggota iaitu polis (340); tentera (45); RELA (123); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (86); Pihak Berkuasa Tempatan (48); KPDNHEP (3) dan Lain-lain agensi (5)," katanya.

Manakala sekatan jalan raya sempena Ops Benteng Covid-19 juga merekodkan jumlah kenderaan yang diperiksa sebanyak 1,406 di enam lokasi iaitu di dua di Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.

"Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak leka dan terus kekal waspada dan pastikan saranan serta nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement