Anda di sini

COVID-19: Tiada kes positif baharu, 12 sembuh dan discaj

Advertisement
Status terkini perkembangan COVID-19 di Sarawak, hari ini.
Status terkini perkembangan COVID-19 di Sarawak, hari ini.

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 678 kes. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata terdapat 10 kluster masih aktif setakat ini. 

Kluster yang masih aktif adalah Kluster Syarikat Kejuteraan, Kluster Mambong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jupiter, Kluster Pasar Stutong, Kluster Jeti Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok. 

“Dimaklumkan juga 12 kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini. 

“Daripada jumlah kes tersebut, lapan kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS), tiga Hospital Bintulu dan satu kes dari Hospital Sungai Buloh. 

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat ini adalah seramai 591 orang atau 87.17 peratus,” katanya. 

Dalam pada itu seramai 68 orang pesakit masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.8 peratus. 

Hari ini juga sebanyak dua kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiga kes masih menunggu ujian makmal. 

Manakala seramai 49 orang dibawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 11 buah hotel adalah seramai 685 orang. 

Daerah Kuching masih berstatus Merah, empat daerah iaitu Serian, Lundu, Bau dan Samarahan berstatus Kuning manakala lain-lain daerah berstatus hijau.