Anda di sini

Christina lawat 11 majlis di Tawau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha

Advertisement
 Christina (tiga kiri) menyerahkan daging lembu kepada penduduk di Masjid Sirotul Mustaqim.
SERAH: Christina (tiga kiri) menyerahkan daging lembu kepada penduduk di Masjid Sirotul Mustaqim.

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew melawat 11 buah masjid di sekitar bandar itu sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.

Antara masjid yang dikunjungi beliau ialah Masjid Nur Sulaisah Batu 15, Masjid Nurul Awal Kg Sg Apas, Masjid Jamek Kg Ranggu, Masjid Taufiq Al-Hidayah Kg Apas Parit, Masjid Nurul Falah Kg Membalua, Masjid Nurul Hidayah Kg Batu Payung, Masjid Saydina Abu Bakar Kg Tinagat, Masjid Al-Ehsan Kg Tinagat, Masjid Sirotul Mustaqim, Masjid Al-Khauthar Bandar Tawau dan Masjid Babul Khair Kg Titingan.

Ketika dalam lawatan sehari beliau, Christina turut menyerahkan tikar sembahyang dan daging lembu kepada komuniti Muslim di sekitarnya sempena dengan sambutan berkenaan, seterusnya menyempurnakan Program Hari Raya Haji Korban di Masjid Sirotul Mustaqim.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Apas Mohd Shafiee Banjar, Pengerusi Masjid Sirotul Mustaqim Hj Sidik Ismail turut serta dalam majlis berkenaan.

Ketika menyampaikan ucapan, Christina menjelaskan sumbangan berkenaan sangatlah bersesuaian sempena dengan Hari Raya Aidiladha.

"Saya akan membawa lebih banyak pelitup muka kepada masyarakat di sini pada kunjungan saya akan datang. Bermula 1 Ogos, penggunaan pelitup muka adalah mandatori di tempat awam," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut melancarkan papan tanda masjid di Kg Sungai Apas, Kg Apas Parit, Kg Membalua, Kg Batu Payung dan Kg Tinagat.

Parlimen Tawau terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Apas, Balung dan Sri Tanjung.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein, Pengawai Perhubungan Robert Penggai, Kapitan Cina Chin Chong Min serta tetamu kehormat yang lain.


 

  • oleh
  • Advertisement