Anda di sini

Bilangan korban COVID-19 di India kini mengatasi Itali

Advertisement
 Seorang lelaki mengayuh basikal melintasi sebuah kenderaan ketika mengharungi banjir selepas hujan lebat                       di Amritsar, India kelmarin. — Gambar AFP
BANJIR: Seorang lelaki mengayuh basikal melintasi sebuah kenderaan ketika mengharungi banjir selepas hujan lebat di Amritsar, India kelmarin. — Gambar AFP

NEW DELHI: Angka kematian akibat COVID-19 di India telah melebihi 35,000 orang semalam, mengatasi jumlah di Itali, ketika banjir menjejaskan berjuta-juta dan membunuh hampir 350 serta menghambat usaha meme-rangi pandemik.

Dengan 779 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, pihak kementerian kesihatan meletakkan kematian secara keseluruhan sehingga 35,747, menjadikan India dengan angka kematian kelima paling tinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat (AS), Brazil, Britain dan Mexico, menurut kiraan oleh AFP.

Jumlah jangkitan kese-luruhan di negara kedua paling padat penduduk di dunia ini sekarang adalah 1.63 juta, diatasi hanya oleh AS dan Brazil, kedua-duanya mempunyai populasi yang lebih kecil.

Ramai pakar telah me-                  nyuarakan keraguan me-ngenai angka rasmi India dengan menyatakan bahawa pihak berkuasa tidak melakukan saringan terhadap penduduk sepenuhnya dan banyak kematian yang dikaitkan dengan COVID-19 tidak direkodkan dengan baik.

Satu kajian pada minggu ini yang menguji bagi antibodi COVID-19 melaporkan kira-kira 57 peratus daripada penduduk di kawasan setinggan Mumbai telah mempunyai jangkitan – jauh lebih ramai dari menurut data rasmi.

Pada minggu lepas satu kajian yang sama menunjukkan hampir satu suku daripada penduduk di ibu negara, New Delhi, telah mempunyai virus – hampir 40 kali daripada jumlah rasmi.

Banjir akibat monsun tahunan di timur dan timur laut India telah menyebabkan berpuluh ribu orang kehilangan tempat tinggal di wilayah ini sementara menjejaskan usaha bagi menghalang penyebaran virus berbahaya.

Di daerah termiskin di India, Bihar, kediaman bagi 125 juta penduduk dan salah satu daripada beberapa negeri yang melaksanakan sekatan terhadap aktiviti, 11 orang telah meninggal dunia dan lebih 25,000 berpadat di dalam kem penempatan sementara.

“Untuk menghampiri manga banjir dan memberikan bantuan kepada mereka adalah tidak mudah kerana kebimbangan me-ngenai pandemik itu,” kata pekerja bantuan Mahendar Yadav. — AFP

Advertisement