Anda di sini

Korban COVID-19 di AS cecah 150,000

Advertisement
 Gambar fail 24 Julai menunjukkan seorang wanita menjalani ujian saringan COVID-19 di Miami, Florida. Amerika Syarikat kelmarin melaporkan kematian akibat COVID-19 di negara itu kini mencecah 150,000. — Gambar AFP
KES MELONJAK: Gambar fail 24 Julai menunjukkan seorang wanita menjalani ujian saringan COVID-19 di Miami, Florida. Amerika Syarikat kelmarin melaporkan kematian akibat COVID-19 di negara itu kini mencecah 150,000. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menandakan pencapaian yang suram kelmarin apabila kematian akibat COVID-19 di sana mencecah 150,000 – jauh mengatasi jumlah yang dicatatkan di mana-mana negara lain yang dilanda pandemik itu.

Brazil menduduki tempat kedua di belakang AS dari segi kes dan kematian, selain turut melaporkan perangkaan yang buruk dengan lebih 90,000 kematian.

Negara di seluruh dunia, termasuk negara yang percaya mereka pada amnya sudah membendung penyakit itu, sedang menyaksi-kan peningkatan kes yang merosakkan ekonomi dan memaksa langkah perlindu-ngan yang telah mengganggu semua aspek kehidupan.

Ibadah haji di Arab Saudi sudah bermula dengan kira-kira 10,000 jemaah Islam yang dibenarkan untuk menjalankannya, dan bukan kira-kira 2.5 juta yang mengikutinya pada tahun lepas.

Jemaah dibawa dalam kumpulan kecil ke dalam Masjidil Haram di Mekah, dan berjalan sepanjang laluan yang ditanda pada lantai, berbeza sekali dengan lautan manusia yang biasanya berlegar-legar di dalam temboknya.

Walaupun usaha telah dijalankan untuk membendung virus itu, COVID-19 sudah mengorbankan lebih 661,000 orang di seluruh dunia manakala jangkitan keseluruhan menghampiri 17 juta.

Kesatuan Eropah (EU) semalam mengemaskinikan senarai negara yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke blok Eropah itu, yang ia semak semula sekali setiap dua minggu.

AS tidak ada dalam senarai tersebut dan tidak dijangka akan dimasukkan.

Kelmarin sahaja negara itu merekodkan 1,267 kematian baharu dalam tempoh 24 jam dan mencatatkan lebih 68,000 kes harian baharu, dengan negeri-negeri selatan dan barat yang khususnya terjejas teruk – terutamanya Florida, di mana lebih 6,300 orang sudah mati.

Bagaimanapun senarai selamat EU turut merangkumi Australia, Kanada, Georgia, Jepun, Maghribi, New Zealand, Rwanda, Korea Selatan, Thailand, Tunisia dan Uruguay.

Blok itu dijangka meng-umumkan bahawa Algeria akan dikeluarkan dari senarai tersebut ekoran peningkatan semula kes COVID-19.

Sementara itu beberapa negara di Eropah telah me-ngenakan sekatan ke atas perjalanan berulang-alik ke Sepanyol, manakala pegawai di Eropah terus berbalah mengenai keseriusan wabak sekarang.

Perdana Menteri UK Boris Johnson, yang baharu sahaja mengumumkan kuarantin bagi pelawat yang kembali dari Sepanyol, membayangkan bahawa negara lain di Eropah mungkin berdepan dengan gelombang kedua – walaupun perangkaan di negaranya sendiri adalah suram.

Menteri kesihatan Perancis membidas kenyataannya kelmarin dengan menyata-kan negaranya sama sekali tidak mengalami gelombang kedua.

“Kluster sedang muncul, kami ada tanda amaran dari hospital tertentu yang telah menyaksikan trend kemasukan yang semakin meningkat,” kata Olivier Veran, dan menambah: “Kami menjalankan saringan dengan jauh lebih kerap.”

Sepanyol, antara negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik, mene-gaskan ia adalah destinasi yang selamat dan mengkritik kuarantin menyeluruh di Britain, yang turut me-rangkumi pulau tanpa wabak yang signifikan.

Data mencemaskan juga terus dicatatkan di timur Asia, dan China menyaksikan jumlah tertinggi dalam tempoh tiga bulan sebanyak 101 kes virus baharu kelmarin disebabkan oleh wabak tempatan di kota pelabuhan utara Dalian.

Pegawai menyalahkan bungkusan makanan laut import yang tercemar – sebab sama yang telah diberikan untuk menjelaskan wabak di China sebelum ini.

Di selatan, pemimpin Hong Kong Carrie Lam memberi amaran bahawa hab kewa-ngan itu berdepan dengan “wabak komuniti berskala besar” yang dapat membawa kepada “kerosakan sistem hospital kita”.

Semua penduduk di bandar raya yang padat dengan 7.5 juta penduduk itu diperintah memakai pelitup muka di luar rumah manakala restoran hanya dapat menyajikan makanan yang dibawa balik, satu tamparan bagi penduduk yang mahu makan di luar pada musim panas yang lembap dan terik di bandar raya itu.

Sementara ada yang terpaksa menyara hidup dalam keadaan panas, ada juga yang telah mendapat inspirasi untuk bertindak demi masya-rakat mereka.

Seorang ahli perniaga-an India telah mengubah pejabatnya menjadi sebuah kemudahan dengan 85 katil untuk memberi rawatan percuma kepada penduduk miskin.

Kadar Shaikh menghabiskan masa selama 20 hari di sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan bagi virus itu pada bulan lepas dan terkejut dengan jumlah bil klinik.

“Bagaimanakah orang miskin mampu membayar untuk rawatan sedemikian?” kata pemaju hartanah itu kepada AFP.

“Sebab itulah saya memutuskan untuk membuat sesuatu dan menyumbang kepada usaha melawan virus berbahaya ini.” — AFP

Advertisement