Anda di sini

COVID-19: Satu kes import di Sarawak hari ini

Advertisement
Infografik JPBNS
Infografik JPBNS


KUCHING: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang masuk secara sah untuk bekerja di sini merupakan kes COVID-19 terbaru dicatatkan di Sarawak hari ini.

Kes tunggal itu, bagaimanapun dikategorikan sebagai kes import dari luar negara oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

"Kes ini merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia yang berasal dari Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia yang telah masuk secara sah melalui Pintu Masuk Antarabangsa ICQS Biawak, Lundu pada 27 Julai 2020. 

"Beliau telah dibawa terus ke pusat kuarantin hotel di Kuching pada 27 Julai 2020 bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari. Kes dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja sebagai mekanik oleh sebuah syarikat kejuruteraan tempatan," kata JPBNS menerusi kenyataan, hari ini.

Pada 28 Julai 2020 iaitu pada hari kedua kuarantin di hotel, kes telah disaring dan diambil swab nasopharyngeal dan swab oropharyngeal bagi ujian COVID-19. 

Keputusan ujian saringan kes didapati positif COVID-19 pada 30 Julai 2020. Kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. 

Lelaki itu kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Ini menjadikan Sarawak mempunyai 678 kes keseluruhan.

JPBNS turut memaklumkan 80 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital, dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.8 peratus.

Lapan individu disyaki (PUI) baru pula, manakala empat kes menunggu keputusan ujian makmal.

Lapan kes pulih dan discaj baru - menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang pulih dan discaj setakat hari ini, 579 orang atau 85.4 peratus.

  • oleh
  • Advertisement