Anda di sini

Buaya serang remaja di sungai Batang Belawai ditangkap

Advertisement
Pasukan SWAT SFC sedang berusaha menaikkan seekor buaya yang dipercayai telah menyerang seorang remaja lelaki ketika sedang mencari siput di sungai Batang Ulu Belawai.
Buaya yang dipercayai menyerang remaja ditangkap sekitar jam 9 pagi oleh pihak berkuasa.

TANJUNG MANIS:  Seekor  buaya yang dipercayai telah menyerang seorang remaja lelaki yang sedang mencari siput di sungai Batang Belawai, dekat sini ditangkap oleh Unit Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC), awal pagi tadi.

Buaya yang  sepanjang lebih kurang 4.7 meter dengan lebar lebih kurang 1.7 meter berjaya ditangkap dengan menggunakan kail oleh pasukan SFC tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan telah diserang buaya.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, buaya yang ditangkap tersebut telah dibawa ke Rumah Dadat bagi proses mendapatkan bukti dan juga bedah siasat dengan disaksikan oleh penduduk dan juga agensi kerajaan lain yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Hasil proses bedah siasat yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa telah berjaya menemui beberapa anggota badan manusia.

"Pada masa yang sama mereka juga turut menemui baju mangsa di dalam perut buaya terbabit.

"Kesemua penemuan tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Buaya yang  sepanjang lebih kurang 4.7 meter dengan lebar lebih kurang 1.7 meter berjaya ditangkap pasukan SWAT SFC.

Buaya terbabit telah berjaya ditangkap sekitar jam 9 pagi.

Hari ini adalah merupakan hari ke 6, operasi SAR telah dilancarkan dalam mencari mangsa.

Dalam kejadian tersebut, Ricky Ganya, 14, telah dilaporkan disambar buaya ketika sedang mencari siput bersama dengan dua orang rakan sebayanya dengan ditemani oleh ibu saudaranya.

Ketika sedang leka mencari siput di sungai tersebut, seorang daripada rakan mangsa telah melihat mangsa disambar buaya.

Mangsa  berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berpaut pada akar bakau yang berada berhampiran dengannya, namun tidak dapat bertahan lama.

Turut bersama dalam operasi ini ialah Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM),  Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga penduduk kampung.