Anda di sini

Lofa ‘up close & personal’ bersama tetamu dalam ‘Next To Neelofa’

Advertisement
 

SETELAH mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada MeleTOP yang dikendalikan bersama Nabil Ahmad selama lebih tujuh tahun pada Disember lalu, kini selebriti versatil Neelofa atau lebih mesra dipanggil Lofa kembali ke dalam bidang pengacaraan menerusi sebuah program bual bicara baharu iaitu ‘Next To Neelofa’.

Bakal menampilkan tetamu undangan VIP yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing, sesi temubual eksklusif yang lebih bersifat ‘up close and personal’ menerusi program ‘Next To Neelofa’ ini akan mengetengahkan pelbagai perkongsian peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini merangkumi topik penjagaan diri, kesihatan, kecantikan, kekeluargaan, cinta, fesyen, kerjaya, empayar perniagaan, motivasi, inspirasi dan sebagainya.

Antara tetamu undangan yang memeriahkan musim ini termasuklah Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Chryseis Tan dan Ella Aminuddin.

Bersama Datuk Rizalman Ibrahim.
Bersama Datuk Rizalman Ibrahim.

Rakaman program istimewa yang berdurasi selama 60 minit sepanjang 12 buah episod ini kini bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Advertisement