Anda di sini

Vardy raih trofi kasut emas, penjaring terbanyak

Advertisement
 Vardy (kiri) diasak pemain Manchester United Victor Lindelof pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Manchester United di Stadium King Power di Leicester, tengah England kelmarin. — Gambar  AFP
SENGIT: Vardy (kiri) diasak pemain Manchester United Victor Lindelof pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Manchester United di Stadium King Power di Leicester, tengah England kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Jamie Vardy meraih trofi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga buat kali pertama dalam kerjayanya pada Ahad walaupun penamat musim yang mengecewakan untuk kelabnya, Leicester City, yang terlepas peluang layak ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir musim.

Vardy, 33, menjadi pemain paling tua yang memenangi anugerah penjaring terbanyak liga itu selepas menjaringkan 23 gol musim ini, satu gol lebih banyak berbanding penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan penyerang Southampton, Danny Ings.

Dengan Chelsea mengesahkan empat tangga teratas liga apabila menewaskan Wolves 2-0, Vardy gagal menjaringkan sebarang gol ketika Leicester gagal meraih kemenangan ketika menentang Manchester United untuk berada di empat tangga teratas.

Sebaliknya, mereka tewas 0-2 kepada United selepas memberikan saingan yang kuat pada separuh masa pertama.

Ederson memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk rekod tanpa bolos terbanyak selepas Manchester City membelasah Norwich 5-0 untuk rekod 16 perlawanan tanpa bolos.

Beliau mengatasi penjaga gol Burnley, Nick Pope, yang mempunyai 15 perlawanan tanpa bolos selepas pasukan Burnley tewas 1-2 kepada Brighton. — AFP

Advertisement