Anda di sini

Polis tembak mati suspek pukul ibu kandung

Advertisement
 Lokasi kejadian turut didatangi oleh orang awam. 
TEMBAK MATI: Lokasi kejadian turut didatangi oleh orang awam. 

BEAUFORT: Polis menembak mati seorang suspek yang disyaki dipengaruhi dadah selepas gagal memujuknya untuk menyerah diri, di Kg Indomadi, di sini, pagi semalam.

Utusan Borneo difahamkan, sebelum kejadian itu suspek terlibat dilaporkan memukul ibu kandungnya sehingga tidak sedarkan diri, malah turut menetak bapa saudaranya.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit, namun belum ada maklumat lanjut yang dapat dikongsikan setakat ini.

Advertisement