Anda di sini

MR. D.I.Y raikan pembukaan 30 gedung baharu hujung minggu ini

Advertisement
 MR. D.I.Y. telah menyediakan 30,000 hadiah percuma bernilai lebih daripada RM800,000 untuk diberikan kepada pelanggan pada acara pembukaan rasmi cawangan baharunya selama dua hari ini.
GANJARAN: MR. D.I.Y. telah menyediakan 30,000 hadiah percuma bernilai lebih daripada RM800,000 untuk diberikan kepada pelanggan pada acara pembukaan rasmi cawangan baharunya selama dua hari ini.

KUCHING: Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR. D.I.Y. bakal meraikan pembukaan 30 gedung baharu di seluruh Malaysia pada hujung minggu ini dan seluruh rakyat Malaysia dialu-alukan untuk turut serta memeriahkan pelancaran ini.

Sempena dengan pembukaan ini, MR. D.I.Y. telah menyediakan 30,000 hadiah percuma bernilai lebih daripada RM800,000 untuk diberikan kepada pelanggan di acara Pembukaan Rasmi cawangan baharunya selama dua hari ini.

Bagi pelanggan  di Kedah, Kelantan dan Terengganu boleh menyertai sambutan Pembukaan Rasmi cawangan baharu MR. D.I.Y. pada 24 hingga 25 Julai, manakala pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak boleh datang dari 25 hingga 26 Julai (lihat senarai cawangan yang turut serta).

 MR.D.I.Y meraikan pembukaan 30 gedung baharu di seluruh negara pada hujung minggu ini (24 hingga 26 Julai).
PEMBUKAAN: MR.D.I.Y meraikan pembukaan 30 gedung baharu di seluruh negara pada hujung minggu ini (24 hingga 26 Julai).

Mereka boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sambutan pembukaan de-ngan membuat pembelian minimum RM30 dalam satu transaksi untuk mendapatkan hadiah percuma seperti pa-yung, bantal dan kole (boleh didapati di cawangan terpilih) dan terhad kepada 500 penebusan sehari.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y., Andy Chin, berkata,  “Dalam tempoh yang sukar akibat pandemik COVID-19 ini, orang ramai berusaha untuk terus memanfaatkan sepenuhnya nilai wang mereka. Oleh yang demikian, saya gembira untuk mengumumkan pembukaan serentak 30 cawangan MR. D.I.Y. baharu di seluruh Malaysia, supaya kami boleh membantu masyarakat untuk mencapai matlamat kewa-ngan tersebut dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang memberikan nilai untuk wang pada harga ‘Always Low Prices’.”

“Bagi acara Pembukaan Rasmi cawangan-cawangan kami pada hujung minggu ini, kami juga menyediakan lebih daripada 30,000 hadiah percuma bernilai RM800,000, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.

“Sejajar dengan ‘norma baharu’, kami juga ingin memberi jaminan kepada semua pihak bahawa cawa-ngan-cawangan kami bero-perasi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, supaya mereka boleh membeli barangan keperluan asas harian mereka secara selamat daripada kami,” tambah Chin.

Sehubungan itu MR. D.I.Y. telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di dalam cawangan untuk kakitangan dan juga pelanggan.

ANDY CHIN
ANDY CHIN

Antaranya, melakukan pemeriksaan suhu badan kakitangan dan pelanggan sebelum mereka memasuki semua cawangan, menetapkan syarat mandatori menggunakan pelitup muka bagi kakitangan dan pelanggan semasa berada di dalam premis semua cawangan.

Selain itu, mereka juga mengehadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa di semua cawangan, melaksanakan langkah penjarakan sosial yang diperlukan di semua cawangan, melaksanakan sanitasi produk, barangan dan kawasan cawangan secara berkala.

Pelanggan juga boleh melayari laman sesawang MR. D.I.Y, www.mrdiy.com atau platform e-dagang iaitu www.mrdiy.com.my atau media sosial di Facebook dan Instagram @mrdiy2u untuk perkembangan terkini.

Advertisement