Anda di sini

redONE bantu pulih ekonomi dengan menawarkan 10,000 peluang pekerjaan

Advertisement

KUCHING: Syarikat Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pascabayar redONE Network Sdn Bhd (redONE) di Malaysia, telah melancarkan dua inisiatif utama untuk membantu mereka yang terkesan akibat kemerosotan ekonomi.

Pihaknya menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui Program redONE Preneur Sales Advisor (RPSA) dan Program redBANTUAN untuk rakan niaga mereka.

“Program RPSA tersebut dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi penasihat jualan redONE, di mana mereka akan diberi bimbingan dan latihan profesional untuk memasarkan produk dan servis yang pelbagai.

“Ia bersesuaian buat mereka yang sedang mencari pekerjaan atau sedang belajar dan bekerja sambilan untuk menjana pendapatan tambahan dengan waktu bekerja yang fleksibel, tanpa kos permulaan yang tinggi.

“Terdapat pelbagai aliran pendapatan untuk RPSA termasuk pembayaran insentif yang tinggi bagi pengaktifan talian pascabayar dan komisen berterusan serta elaun bulanan sehingga RM3,000 untuk RPSA sepenuh masa,” kata kenyataan itu semalam.

Selain daripada memasarkan produk utama, talian redONE Postpaid, RPSA juga menarik pelanggan dengan pelbagai jenis produk lain seperti kad kredit redCARD, insurans kereta dan perjalanan redCARE dan gajet mudah alih daripada redMALL.

Ejen RPSA yang cemerlang layak untuk mendapat insurans percuma yang disediakan oleh redCARE dan boleh turut serta menyertai redONE Car Bonanza yang menghadiahkan 20 kereta baharu atas pencapaian mereka.

Program redBANTUAN pula merupakan satu pelan sokongan kewangan yang komprehensif untuk membantu rakan niaga redONE dari segi penangguhan bayaran, subsidi sewa kedai dan pinjaman wang tunai.

redONE telah menggunakan RM3 juta untuk bantuan subsidi sewa kedai dan penangguhan pembayaran manakala RM10 juta telah diperuntukkan untuk pinjaman.

“Kami memahami bahawa pandemik ini telah menjejaskan ekonomi dan punca rezeki orang ramai.

“Sebagai penyedia servis keperluan, kami merasakan bahawa kami perlu menghulurkan bantuan dengan menyediakan saluran untuk menjana pendapatan tambahan,” tambahnya.

Justeru, 100 Kedai Premier kami di seluruh negara akan menjadi pusat latihan untuk Program RPSA”, kata Ketua Pegawai Jualan redONE Ben Teh.

Ketahui info lanjut tentang program RPSA di redone.com.my/telcopreneur.

Advertisement