Anda di sini

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan dilancarkan semula

Advertisement
 Mohd Redzuan menjawab pertanyaan media selepas sesi libat urus di antara SEPADU, TERAJU, Yayasan Peneraju dan Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan Serta Koperasi Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam. — Gambar Bernama
JAWAB: Mohd Redzuan menjawab pertanyaan media selepas sesi libat urus di antara SEPADU, TERAJU, Yayasan Peneraju dan Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan Serta Koperasi Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam. — Gambar Bernama

KOTA BHARU: Kerajaan akan melancarkan semula Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata, pelancaran semula wawasan itu amat penting memandangkan jurang pendapatan antara satu daerah dan negeri yang ketara memerlukan kerajaan bekerja keras untuk mera-patkan jurang itu.

Katanya, sekiranya perlu, kerajaan akan tambah baik dasar-dasar yang telah diwujudkan sebelum ini bagi mencapai wawasan itu.

“Hari ini kita lihat Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) amat membimbangkan dan kita (kerajaan) kena beri perhatian serius sebab PGK telah meningkat dari segi paras dan orang dalam kelompok itu …kerajaan mahu tambah baik wawasan ini sebab kita mahu rakyat memahami hala tuju kerajaan dari sudut pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sesi Libat Urus Di Antara Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Pene-raju), agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Koperasi Negeri Kelantan di sini, semalam.

WKB2030 beriltizam menjadikan Malaysia sebuah negara terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan dengan matlamat menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat pada 2030.   

Mengenai sesi libat urus berkenaan, Mohd Redzuan berkata antara objektifnya adalah untuk menguar-uarkan dan menyebar luas WKB2030 agar semua lapisan masyarakat mengetahui dan menjiwai wawasan itu.

“Agensi dan penggerak yang akan bertanggungjawab melaksanakan wawasan ini adalah Unit Penyam-paian Kemakmuran Bersama (SEPADU) yang baru ditubuhkan pada awal tahun 2020,” katanya.

Terdahulu, beliau me-nyampaikan Dana Bantuan Khas COVID-19@ Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada lima peladang kontrak yang me-ngusahakan tanaman herba Tongkat Ali di Jajahan Kuala Krai bernilai RM3,000 seorang. — Bernama

Advertisement