Anda di sini

Kes COVID-19 di seluruh dunia cecah 13.4 juta

Advertisement

WASHINGTON: Jangkitan koronavirus melonjak di seluruh dunia kelmarin, memaksa beberapa negara untuk menahan pembukaan semula atau melaksanakan sekatan baharu ke atas populasi mereka yang keletihan.

Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia mencecah 13.4 juta dan lebih 581,000 kematian sudah dilaporkan sejak virus itu muncul lewat tahun lepas di China.

Dengan situasi yang di-ramalkan akan bertambah buruk di Amerika Syarikat (AS), Walmart, peruncit terbesar di dunia, berkata ia akan mewajibkan semua pelanggan untuk memakai pelitup muka di semua gedungnya untuk membantu mengekang penularan virus tersebut.

Venezuela, empat hari selepas ia mengumumkan pelonggaran sekatan, menjadi negara terbaharu untuk melaksanakan semula langkah sekatan pergerakan tempatan, termasuk “kua-rantin radikal” di ibu negara Caracas; manakala daerah La Paz di Bolivia berkata ia akan menjalani kuarantin sepenuhnya selama empat hari.

Amerika Latin mencatat-kan 150,000 kematian kelmarin, menjadi rantau kedua paling teruk terjejas di dunia selepas Eropah, di mana se-ramai 203,793 orang sudah mati kerana penyakit itu.

Brazil menyumbang kepada kira-kira separuh daripada jumlah kematian di Amerika Latin, dengan lebih 1,200 kematian baharu direkodkan kelmarin, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak wabak bermula di sana sebanyak 75,366.

Di Ireland, Perdana Men-teri Micheal Martin menangguhkan penamatan sekatan pergerakan disebabkan oleh lonjakan kes baharu, dan sekatan akan dikekalkan sehingga 10 Ogos dan kerajaan turut mewajibkan pemakaian pelitup muka di kedai.

Sementara itu AS mencipta rekod baharu kelmarin de-ngan lebih 67,000 kes yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Negara itu mempunyai bilangan kematian tertinggi di dunia dengan lebih 137,000 kematian, dan pegawai kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menarik balik pembukaan semula yang bertujuan untuk menghidupkan semula ekonomi.

Model penyelidikan ter-baharu menunjukkan jumlah kematian di AS diunjurkan akan meningkat kepada lebih 150,000 pada bulan depan.

Di negeri Oklahoma di AS, gabenor Republikan, Kevin Stitt, yang sering enggan memakai pelitup muka, berkata beliau telah didapati positif COVID-19.

Penggunaan pelitup muka untuk memperlahankan penularan virus itu telah menjadi isu politik di AS, di mana Trump enggan memakainya sehingga baru-baru ini dan kadang-kadang mengejek trend itu.

Negeri Stitt mencatatkan rekod sehari bagi 1,075 kes baharu, manakala negeri jiran selatan, Texas, melaporkan 10,791 kes baharu dan 110 kematian baharu – kedua-duanya “rekod baharu”.

Sementara itu Walmart berkata ia akan mewajibkan pelanggan di lebih 5,300 gedungnya untuk memakai pelitup muka bermula 20 Julai,  untuk menyertai kumpulan perniagaan yang semakin banyak di AS yang mewajibkan perlindungan itu.

“Kita tahu bahawa ini adalah satu langkah mudah yang semua orang boleh ambil demi keselamatan mereka dan keselamatan orang lain di kemudahan kami,” kata ketua pegawai operasi Walmart di AS Dacona Smith.

Di rantau Asia-Pasifik, yang agak berjaya dalam usaha memerangi pandemik itu, bukti baharu menunjukkan ancaman bahaya yang masih ditimbulkan oleh virus berkenaan.

Bar, gim dan pusat kecantikan di Hong Kong ditutup semula kelmarin dan larangan ke atas perhimpunan yang melibatkan lebih daripada empat orang dikuatkuasakan apabila bandar raya itu bertarung dengan wabak baharu.

Kecemasan juga berlaku di Jepun, di mana gabenor Tok-yo memberi amaran bahawa ibu negara berada pada tahap amaran virus tertinggi selepas jangkitan melonjak.

Ia diberikan selepas negeri Bihar, dengan kira-kira 125 juta penduduk, di India mengumumkan sekatan pergerakan selama 15 hari bermula semalam.

Sementara itu pihak ber-kuasa di Australia kelmarin merayu kepada orang ramai untuk mematuhi garis pan-duan penjarakan sosial, selepas kira-kira lima juta orang di Melbourne menjalani sekatan pergerakan sejak minggu lepas untuk mengawal wabak baharu.

“Kami khususnya bimbang mengenai perhimpunan dan parti yang terus diadakan,” kata Rick Nugent selaku pemangku penolong pe-suruhjaya negeri Victoria. “Tolong hentikan.”

Pelitup muka juga akan diwajibkan di kedai-kedai di England bermula minggu depan, manakala di Afrika Selatan, di mana jumlah kes mencecah 300,000, perintah berkurung dikuatkuasakan semula di seluruh negara.

Semalam Sepanyol memberi penghormatan kepada 28,400 mangsa koronavirus di satu majlis rasmi kerajaan yang dihadiri tokoh tertinggi Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Negara itu sudah pun menyaksikan peningkatan kes tidak sampai tiga minggu selepas ia keluar dari sekatan pergerakan. — AFP

Advertisement