Anda di sini

Kelebihan Juve di puncak goyah

Advertisement
 Antara babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Sassuolo dan Juventus di Stadium Mapei di Reggio Emilia. — Gambar AFP
PENUH AKSI RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Sassuolo dan Juventus di Stadium Mapei di Reggio Emilia. — Gambar AFP

MILAN, Itali: Pendahulu Serie A Itali, Juventus, terus hambar untuk memenangi kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut apabila mensia-siakan pendahuluan dua gol sebelum diikat 3-3 di Sassuolo pada Rabu.

Juventus kini berkelebihan tujuh mata di hadapan Atalanta, yang membelasah Brescia 6-2 pada Selasa, dengan baki lima perlawanan selepas tiga perlawanan tanpa menang.

Lazio terlepas peluang merampas  tangga kedua liga dan merapatkan jurang ketinggalan di belakang Juventus dengan kurang enam mata apabila diikat tanpa jaringan oleh Udinese dan kerana itu kurang satu mata di belakang Atalanta di tangga ketiga.

“Kami mempunyai saat yang bagus sebelum ini tetapi semuanya gagal dikekalkan. Ia seharusnya diperkatakan bahawa kami berdepan lawan dengan prestasi yang meningkat seperti Atalanta dan Sassuolo. Kami harus menyelesaikan masalah kami terlebih dahulu, kata jurulatih Juventus, Maurizio Sarri”

Juventus akan menanti kunjungan Lazio pada Isnin selepas Atalanta bertandang ke Verona hujung minggu ini.

Inter Milan masih mengintai peluang untuk bersaing kejuaraan liga dan boleh melonjak dari tangga keempat dan kedua liga jika menewaskan SPAL pada perlawanan lewat.

Lazio, yang hanya satu mata di belakang Juventus apabila musim bola sepak di Itali disambung semula setelah tertangguh tiga bulan kerana pandemik COVID-19,  diikat oleh Udinese selepas tiga kekalahan berturut-turut, menyebabkan harapan memburu kejuaraan liga yang pertama dalam dua dekad kelihatan semakin tipis.

Kelab jiran, AS Roma yang berada di tangga kelima meneruskan prestasi memberangsangkan apabila menewaskan Hellas Verona 2-1.

Roma kini empat mata di hadapan Napoli dan AC Milan.

AC Milan meningkatkan peluang beraksi dalam Liga Europa musim hadapan apabila menewaskan Parma 3-1 untuk berkongsi mata dengan Napoli, yang diikat 1-1 di Bologna.

Pada perlawanan lain, Sampdoria semakin menjarakkan kedudukan dari zon penyingkiran apabila menewaskan Cagliari 3-0. — AFP

Advertisement