Anda di sini

Ribuan ingkari sekatan kuarantin, sertai protes antikerajaan di Bolivia

Advertisement
 Penunjuk perasaan berarak dari El Alto ke jalan utama di La Paz untuk memprotes dasar kesihatan, pendidikan dan buruh di bawah kerajaan Presiden Jeanine Anez kelmarin, mengingkari  sekatan kuarantin yang dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19. — Gambar AFP
PROTES: Penunjuk perasaan berarak dari El Alto ke jalan utama di La Paz untuk memprotes dasar kesihatan, pendidikan dan buruh di bawah kerajaan Presiden Jeanine Anez kelmarin, mengingkari sekatan kuarantin yang dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19. — Gambar AFP

LA PAZ: Ribuan penunjuk perasaan mengingkari sekatan kuarantin dan berarak ke ibu negara Bolivia, La Paz, kelmarin untuk menunjuk perasaan terhadap kerajaan presiden sementara Jeanine Anez.

“Rakyat menyuarakan keperluan mereka, mereka bersuara menerusi tunjuk perasaan,” kata Juan Carlos Huarachi, ketua kesatuan sekerja terbesar di negara itu, Central Obrera Boliviana.

Demonstrasi itu, yang diadakan ekoran rungutan pekerja tentang dasar-dasar pendidikan dan kesihatan selain pemberhentian kerja yang amat besar, merupakan yang terbesar sejak pandemik koronavirus tiba di negara Amerika Selatan itu pada Mac lalu.

“Ramai pekerja diberhentikan,” kata Huarachi, “kerana kejatuhan dalam ekonomi.”

Penunjuk perasaan turut menuntut peletakan jawatan  Menteri Pendidikan Victor Hugh Cardenas selepas ribuan murid di kawasan luar bandar tidak ada akses kepada Internet untuk kelas maya manakala sekolah masih ditutup.

“Kami meminta Internet percuma, kerana terdapat anak-anak yang tidak ada telefon bimbit dengan Internet dan tidak dapat belajar,” kata Feliciana Quesucala, 46, seorang wanita peribumi Aymara dari El Alto.

Kira-kira 4,000 orang ber-arak ke La Paz dari bandar jiran El Alto, kedua-duanya dikuarantin kerana pandemik yang sudah menjangkiti hampir 50,000 di Bolivia dan membunuh 2,000.

“Apakah yang kami ingin-kan? Pilihan raya sekarang!” laung penunjuk perasaan yang merujuk kepada pilihan raya pada 6 September yang cuba ditunda oleh Anez kerana COVID-19.

Hampir kesemua penunjuk perasaan memakai pelitup muka.

Anez dan lima anggota kabinetnya telah dijangkiti virus tersebut, selain Presiden Kongres Eva Copa dan pegawai tertinggi lain.

Dalam ucapan menerusi televisyen yang disampaikan sewaktu protes dijalankan, Anez memberi amaran kepada negara bahawa ia berdepan dengan “waktu yang sangat susah”.

“Kita sedang sampai ke puncak pandemik, tetapi saya pasti jika kita bersatu padu, dengan semua kita berkerja-sama, kita akan muncul di depan,” kata Anez, yang berada dalam kuarantin di kediaman rasminya.

Anez dan calon presiden sayap kanan lain, seperti bekas presiden Jorge Quiroga, telah mencadangkan penundaan pilihan raya se-hingga pandemik surut.

Menurut ramalan rasmi, Bolivia dijangka akan mencatatkan kira-kira 130,000 jangkitan menjelang hari pilihan raya.

Huarachi berkata satu tuntutan penunjuk perasaan yang penting ialah agar kerajaan membenarkan penggunaan klorin dioksida untuk pesakit COVID-19, rawatan yang sudah pun ditolak oleh pihak berkuasa.

“Kerajaan harus menye-darkan rakyat Bolivia tentang protokol rawatan untuk memerangi COVID-19 dengan penggunaan klorin dioksida, ivermectin dan ubat tradisional dan ubat lain yang penting. Ia harus membahagikannya secara percuma kepada populasi,” kata Huarachi, seorang ketua pekerja lombong.

Sebuah jawatankuasa sain-tifik kerajaan memberi amaran pada Jun lalu tentang penggunaan klorin dioksida, sejenis agen pengoksidan yang kuat dan digunakan sebagai peluntur dan disinfektan.

Bagaimanapun, doktor di beberapa wilayah di Bolivia menggunakannya untuk me-rawat pesakit COVID-19.

Anez, seorang konservatif berusia 53 tahun, memegang jawatan presiden sementara pada November lalu setelah bekas pemimpin sosialis Evo Morales meletak jawatan dan meninggalkan negara ekoran  rusuhan selama tiga minggu selepas pemilihannya semula yang kontroversi.

Anez menduduki tempat ketiga dalam tinjauan pendapat di belakang Luis Arce – calon Parti Pergerakan Sosialisme yang dianggotai Morales – dan bekas presiden berhaluan sederhana Carlos Mesa. — AFP

Advertisement