Anda di sini

PMU sasar persijilan EKSA bermula tahun ini

Advertisement
 Warga PMU bergotong-royong bagi memastikan kebersihan kawasan yang telah dibahagikan di bawah tanggungjawab            masing-masing.
RAPAT SILATURAHIM: Warga PMU bergotong-royong bagi memastikan kebersihan kawasan yang telah dibahagikan di bawah tanggungjawab masing-masing.

MUKAH: Warga Politeknik Mukah (PMU) berhasrat untuk mendapatkan persijilan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula tahun ini.

Ekoran itu, satu tetapan telah dipersetujui pada mesyuarat lalu iaitu Gotong-Royong Perdana akan diadakan dua kali setahun di PMU.

Menurut Pengarah PMU Dullah Muluk, gotong-royong akan diadakan mereka secara berterusan mengikut zon ma-sing-masing.

“Ia bagi memastikan budaya kerja EKSA diteruskan pada bila-bila masa,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Di samping mendapat persijilan EKSA, amalan gotong-royong juga dapat memupuk amalan bekerjasama dalam kalangan warga PMU.

Ia juga dapat memupuk ke arah budaya kerja kreatif dan inovatif serta memanfaatkan penggunaan sumber secara optimum dan efisien.

Terdapat 14 pecahan zon terbahagi kepada sama ada dalam atau luar kawasan pejabat yang bakal diber-sihkan, diamal dan sentiasa dipatuhi.

Budaya gotong-royong juga kata Dullah, dapat mempererat silaturahim antara warga PMU.

EKSA juga antara lain mempunyai objektif agar persekitaran kerja kondusif dan selamat untuk meningkatkan produktiviti kerja sambil memupuk amalan penyelenggaraan sebagai budaya kerja berterusan.

Turut hadir ketika gotong-royong tersebut ialah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Iskandar Re-duan, Timbalan Pengarah (Akademik) Mohd Sani Said dan semua warga pengurusan dan sokongan.

Advertisement