Anda di sini

Jangan kedekut dan terlalu berkira

Advertisement
"Dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain"
"Dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain"

MACAM-MACAM ragam dan sikap manusia yang kita boleh nampak. Ada orang yang baik dan pemurah, tidak kurang juga yang bersifat kedekut walaupun baik.

Siapa yang tidak marah jika dipanggil kedekut? Namun, kedekut inilah yang menguasai sifat hidup manusia. Macam mana orang baik, tetapi dikatakan kedekut? Bunyinya memang pelik. Pada hakikatnya memang ada orang bersifat sedemikian

Contoh yang kita boleh lihat apabila kita pergi ke rumah kawan beraya, lepas itu bila kita minta 'password' wifi mereka, pelbagai
alasan diberikan untuk mengelak permintaan.Walhal dari sisi lain, individu itu memang baik, suka membantu orang dan sebagainya.

Walaupun perkara itu nampak remeh, tetapi perilaku itu termasuk dalam kategori kedekut juga.

Kedekut bererti tidak mudah mengeluarkan  wang atau harta benda mereka. Kedekut bertentangan dengan kemurahan hati. Manakala orang
yang murah hati memberikan tanpa ragu ragu - sering mendapati pemberian mereka itu menyeronokkan.

 Jangan menjadi orang yang kedekut.
JANGAN KEDEKUT: Jangan menjadi orang yang kedekut.

Walaupun kedekut biasanya dikaitkan dengan wang, ia bermanifestasi   di tempat lain juga seperti cerita wifi di atas.

Orang kedekut sukar untuk memberi atau memberi pinjaman barang mereka atau  wang kepada orang lain. Selalunya mereka mengambil lebih dan memberi kurang.

Orang yang kedekut biasanya suka meminjam barang dari orang lain. Dan ketika mereka meminjam sesuatu, mereka  sengaja lupa untuk kembali.

Menjengkelkan? Kedekut dan kesederhanaan kedekut tidak sama kerana kesederhanaan. Walaupun kesederhanaan adalah penggunaan bijak dan
cekap masa, tenaga dan sumber, kedekut adalah satu bentuk ketakutan -takut tidak mempunyai cukup.

Ia mendorong seseorang untuk tidak memberikan miliknya walaupun pemberian mereka  tidak akan menyebabkan mereka sebarang masalah.

Apa yang menyebabkan kedekut? Ia biasanya pengalaman lepas seseorang yang membuat mereka kedekut. Seorang kanak-kanak yang membesar dalam sebuah keluarga miskin boleh membangunkan rasa tidak selamat kewangan.

Mereka sentiasa menyaksikan ahli keluarga mereka  bimbang tentang wang. Kerana itu, alasan utama orang menjadi kedekut adalah kerana
mereka merasa tidak selamat tentang kedudukan kewangan mereka.

Ciri-ciri orang kedekut yang tidak gemar belanja orang lain adalah seperti sering makan bersendirian. Tidak kisah jika tiada teman berbual; mbil makanan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain; mereka makan cepat-cepat, segera minta diri dari rakan-rakan dan
pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi. Katalah ada hal atau  hendak pergi tandas.

Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin duduk semeja bersama kawan-kawan, si kedekut akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sekeping roti sahaja, bagitahu kawan 'sudah kenyang', sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. Mesti kawan-kawan tak akan suruh dia  bayar. Mereka tak sampai hati.

Dalam keadaan tidak dapat ‘lari’ ketika makan bersama kawan-kawan, taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di meja makan. Atau bunyikan 'ringtone' telefon bimbit dan bercakaplah sendirian seolah-olah sedang berbual dengan seseorang di telefon.

Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut hendak membayar. Dalam situasi ini, si kedekut berpura-pura mengeluarkan
dompet dari poket belakang seluarnya. Tetapi dompetnya macam terlekat pula; mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik.
Dicuba juga ditarik-tarik namun hampir separuh sahaja keluar.

Situasi di atas boleh diubahsuai lagi. Kali ini dompet telah terkeluar. Dijenguk-jenguk, tidak ada pula duit kecil. Semua RM100 dan
RM50.

 Orang kedekut sukar untuk memberi atau memberi pinjaman barang mereka atau wang kepada orang lain.
SUKAR BERI PINJAMAN: Orang kedekut sukar untuk memberi atau memberi pinjaman barang mereka atau wang kepada orang lain.

Terdapat juga yang lebih ekstrim lagi , jika dia makan di meja lain, belum bayar, makan pun sudah tinggal separuh, maka dia akan
pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minumannya sekali.

Lagaknya macam mahu bersembang dengan kita. Tambahan pula dia nampak kita sudah  hampir ke fasa membayar. Dia pun tumpang semangkuk sambil mempraktikkan mana-mana taktik yang disebutkan tadi.

Peringatan kepada diri ini dan yang lain, janganlah amalkan sikap kedekut melampau. Terutama dalam soal asyik mengharapkan orang
membayar sedangkan tidak pernah tolong bayar.

Seperti teguran positif saya lihat di laman sosial yang menyarankan dalam soal berkawan dan bersosial, hal ini diperhatikan oleh kawan-kawan.

Lagipun makanan yang kita makan akan menjadi darah daging, membina tubuh, hati, minda, jiwa seterusnya menjelmakan tabiat. Jadi biar dia berkat. Tidak hairanlah si kedekut ini sering ditinggalkan sendirian di tempat duduknya bila tiba waktu minum atau makan.

Percayalah, sesiapa yang bersikap kedekut semasa menabur benih akan mendapat tuaian yang sedikit, tetapi sesiapa yang murah hati semasa
menabur benih akan mendapat tuaian yang banyak. Sentiasa ingatkan diri sendiri, jangan jadi kedekut. Dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain.

Advertisement