Anda di sini

Penternakan udang kara air tawar dalam bangunan

Advertisement
 Uggah (tengah) ditemani Penguang (kanan) ketika mengadakan lawatan ke ladang ternakan di tingkat tiga premis rumah kedai di Miri milik Elvis dan Willy baru-baru ini.
KAGUM: Uggah (tengah) ditemani Penguang (kanan) ketika mengadakan lawatan ke ladang ternakan di tingkat tiga premis rumah kedai di Miri milik Elvis dan Willy baru-baru ini.

KUCHING: Dua pemuda telah memulakan ladang ternakan mini udang kara air tawar di tingkat tiga sebuah bangunan komersil di Miri yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa sebelum ini.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dua sekawan itu, Elvis Hii dan Willy Sim telah memulakan ‘Aqua Tech Z Sarawak’ di Pusat Komersil Lapangan Terbang dekat Jalan Lapangan Terbang di Miri setahun yang lalu.

“Saya amat kagum dengan semangat keusahawanan yang ada pada dua anak muda kita ini.

“Golongan belia hari ini melangkaui cara konvensional dalam sektor pertanian dan mereka tahu apa yang dimahukan.

“Mereka pergi untuk latihan dan selalu mempersiapkan diri dengan perkembangan teknologi dan maklumat untuk memantapkan perniagaan mereka,” katanya.

Uggah yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah baru-baru ini telah mengunjungi ladang tersebut ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Walaupun tidak mempunyai tanah tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk dua sekawan itu memulakan ladang ternakan mereka menggunakan sebuah rumah kedai.

“Tetapi ada yang mempunyai tanah tetapi tidak mengusahakannya untuk mendapatkan sedikit pulangan.

“Tetapi dua orang pemuda ini tanpa tanah masih memperoleh pendapatan bulanan yang baik,” katanya.

Menurut Elvis, mereka memiliki permintaan yang baik untuk produk keluaran pihak mereka ‘crawfish fries’.

Turut hadir Menteri Muda Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Advertisement