Anda di sini

Lombok, pulau yang unik dan indah

Advertisement
“Lombok  ertinya lurus.Tidak bengkok-bengkok. Sasak itu ertinya sekek. Sekek itu ertinya satu. Tidak ada duanya. Jadi erti dari Sasak dan Lombok itu tidak terpisahkan. Selalu menjadi satu dan tidak bercerai berai"
“Lombok ertinya lurus.Tidak bengkok-bengkok. Sasak itu ertinya sekek. Sekek itu ertinya satu. Tidak ada duanya. Jadi erti dari Sasak dan Lombok itu tidak terpisahkan. Selalu menjadi satu dan tidak bercerai berai"

KALAU ada orang bertanya, apa yang paling menarik di Lombok, jawapan saya ialah tidak lain ialah Lombok itu sendiri. Mungkin banyak yang sudah berubah.

Tetapi dalam kunjungan ke sana tidak lama dulu, saya sempat ke Tanjung Aan, Gili Trawangan, Pantai Senggigi, Pantai Mandalika, Kampung Sasak dan banyak lagi.

“Lombok  ertinya lurus.Tidak bengkok-bengkok. Sasak itu ertinya sekek. Sekek itu ertinya satu. Tidak ada duanya. Jadi erti dari Sasak dan Lombok itu tidak terpisahkan. Selalu menjadi satu dan tidak bercerai berai," saya teringat kata-kata Pak Adenan, Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA) Nusa Tenggara Barat (NTB) sewaktu menyambut kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok di Praya.

 salah satu pemandangan menarik di Tanjung Aan.
MENARIK: salah satu pemandangan menarik di Tanjung Aan.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kira-kira satu jam dengan bas ke Holiday Resort yang terletak di Senggigi.

Tempat pertama yang kami kunjungi keesokan harinya ialah Gili Trawangan, sebuah pulau kecil yang cantik dan antara yang paling popular di Lombok. Mungkin masih ada yang belum tahu di mana letaknya Lombok.

Lombok adalah sebuah pulau di NTB yang hanya dipisahkan dengan Bali oleh Selat Lombok di sebelah baratnya manakala di sebelah Timur, ia dipisahkan oleh Selat Alas dari Sumbawa.

Lombok yang terkenal dengan nama Pulau Seribu Masjid hanya seluas 5,435 kilometer sepanjang kira-kira 70 km, juga dikenali sebagai destinasi halal terbaik di Indonesia.

Saya teringat betapa indahnya panorama, ketika menikmati perjalanan menyusur pantai di Gili Trawangan. Ketika itu, kami sempat ke Hotel Vila Ombak yang menyediakan pelbagai jenis kamar hotel untuk pelancong.

 Kampung suku Sasak Asli di Desa Sade.
ASLI: Kampung suku Sasak Asli di Desa Sade.

Kami sempat juga berkunjung Pantai Mandalika, sebuah destinasi yang popular di Lombok. Lombok adalah destinasi pelancongan yang menarik kerana Malaysia dan Indonesia memiliki latar belakang budaya yang hampir sama.

Keindahan dan keunikan Lombok mampu menyaingi Bali. Kelebihan Lombok ialah sebagai destinasi halal terbaik di Indonesia. Pulau itu juga memiliki keindahan pantai yang cantik.

 Rombongan dari Sabah yang melawat Gili Trawangan beberapa tahun lalu.
ROMBONGAN: Rombongan dari Sabah yang melawat Gili Trawangan beberapa tahun lalu.

Sebut saja Tanjung Aan, salah sebuah destinasi pelancongan yang memiliki keindahan yang luar biasa. Sawah yang terhampar luas, pemandangan yang cantik dan keramahtamahan yang dimiliki penduduknya.

Ramai pengunjung yang memgabadikan kenangan mereka ke sana melalui gambar foto, swafoto atau melalui catatan-catatan dalam travelogue.

NTB mengharapkan kehadiran jutaan pelancong setiap tahun, pernah menetapkan sasaran 3.5 juta pelancong sepanjang tahun 2017 tetapi jumlah itu menurun kerana bencana alam yang pernah melanda Lombok tetapi yang lebih menjejaskan ialah pandemik COVID-19 yang menghambat pergerakan orang ramai.

 Kereta kuda yang disebut Cidomo di Gili Trawangan.
KERETA KUDA: Kereta kuda yang disebut Cidomo di Gili Trawangan.

Dalam kunjungan itu juga, kami sempat dibawa melawat kampung tradisi suku Sasak Asli di Desa Sade. Suku Sasak Asli di Desa Sade masih mengamalkan adat resam. Suku sasak Asli terkenal dengan kemahiran yang dimiliki golongan wanitanya khususnya dalam kraftangan seni tenunan.

Saya juga tidak lupa pesona alam yang menakjubkan di Tanjung Aan, Lombok Tengah. Alamnya yang mempesona, pantai putih, teluk yang indah atau mendaki saja ke atasa bukit dan dari atas bukit yang menganjur ke laut, kita dapat menyaksikan pemandangan yang membuat kita kehabisan kata-kata untuk melukiskannya

Di atas bukit Tanjung Aan, banyak pengunjung yang mengambil gambar dengan aksi melompat. Jangan risau, jika anda ingin mengambil gambar, ada anak anak yang sedia membantu seikhlasnya. Mengambil gambar orang melompat mendatangkan rezeki bagi anak-anak itu, yang mahir dan terlatih mengambil gambar dengan telefon genggam.

Berapa pendapatan mereka dalam sehari? Antara Rp100,000 hingga Rp300,000 (Antara RM30 hingga RM100) satu hari. Pengunjung yang berpuas hati kerana gambar mereka memberikan antara Rp5,000 hingga Rp50,000 (RM1.6 hingga RM16) sesuka hati mereka.

Dari atas bukit, kita dapat melihat keindahan Tanjung Aan yang sesungguhnya. Kita dapat melihat perahu-perahu dan perkampungan nelayan yang terletak tidak jauh dari sana.

Lain orang lain ragamnya. Ada yang berkunjung ke Lombok kerana keunikan budaya dan pemandangan alam yang cantik, ada pula yang berkunjung ke Lombok semata-mata ini mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi tertinggi kedua di Indonesia.

Lombok sendiri terkenal kerana masyarakatnya yang hidup harmoni, saling menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain walaupun penduduknya berbilang etnik seperti suku Sasak, suku Bali, Tionghua, Melayu dan Arab dan walaupun majoritinya beragama Islam namun mereka hidup aman dan harmoni.

Kalau berkunjung ke Lombok, jangan lupa makan makan ayam taliwang, dan plecing kangkung,  makanan khas di Lombok. Selain itu, anda boleh mencuba beberok terong, sate bulayak, nasi balap puyung, sate rembiga, poteng jaje tujak dan sebagainya.

 Suasana pantai di Gili Trawangan.
POPULAR: Suasana pantai di Gili Trawangan.

Itulah antara kenangan dan pengalaman saya ketika berkunjung ke Lombok. Bagi saya yang paling mengesankan ialah keramahtamahan dan kebaikan hati penduduknya. Lombok itu ertinya lurus.Tidak bengkok-bengkok, saya teringat kata-kata pak Adenan.

Bagi yang ingin melihat keindahan alam, keunikan budaya, destinasi halal dan sebagainya, Lombok pasti menjadi pilihan untuk dikunjungi.

  • oleh
  • Advertisement