Anda di sini

Amiruddin pesilat keenam Sabah sertai pasukan kebangsaan

Advertisement
AMIRUDDIN
AMIRUDDIN

KOTA KINABALU: Muhammad Amiruddin Azmi pesilat keenam Sabah disenaraikan menyertai latihan pusat penuh pasukan silat kebangsaan 2020.

Latihan pusat bermula minggu ini tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan Silat Dunia Ke-19 di Kuching pada 2021 serta beberapa kejohanan besar lain termasuk  Kejuaraan Sukan Asia Dalam Dewan pertama pada Mac 2021 di Pattaya, Thailand.

Yang di-Pertua PSS PESAKA Sabah, Datuk Iliyas Ibrahim berkata, pemilihan Amiruddin itu tidak mengejutkan kerana dia adalah antara pesilat terbaik negeri ini.

Antara pencapaian besarnya adalah merangkul pingat emas pada Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-19 di Pahang pada 2019 dan pingat gangsa pada Kejohanan Silat Pantai Dunia di Thailand pada 2019.

Amiruddin juga antara penyumbang lima pingat emas skuad silat Sabah pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 Perak.

"Pemilihan Amiruddin memang satu berita bagus. Ia menunjukkan sukan silat Sabah berada di landasan baik. Pemilihannya itu memang sudah dijangka kerana dia memang antara pesilat hebat dan telah membuktikannya dengan kejayaan merangkul pingat di beberapa kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.

"Saya harap pemilihannya itu menyemarakkan lagi semangat pesilat lain negeri ini untuk memajukan diri dalam sukan persilatan seterusnya menjejaki kejayaan pesilat-pesilat kita yang bukan sahaja mendapat tempat tetapi menyumbang pingat untuk negara di arena antarabangsa," kata Iliyas ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berkata, pasukan silat Sabah juga mempunyai tugas besar mempertahankan  lima pingat emas pada SUKMA 2020 Johor pada Mac 2021.

Selain Amirruddin, pesilat lain Sabah dalam skuad kebangsaan ialah Luqman Laji, Sazzlan Yuga, Nor Farah Mazlan, Nursyazeera Hidayah Idris dan Siti Nur Khairunnisa.

  • oleh
  • Advertisement